Utusan Borneo (Sabah)

Siti Safiyah naib juara Boling Piala Dunia

-

KUALA LUMPUR: Pemain elit negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul naib juara pada Kejohanan Boling Piala Dunia AMF ke-53 di Hermosillo, Mexico, Sabtu (Ahad di Malaysia).

Siti Safiyah Amirah yang mengejutka­n juara bertahan Jenny Wegner dari Sweden dengan 227-197 jatuhan pin pada aksi separuh akhir, gagal meneruskan aksi cemerlang pada pentas final bertemu pemain Filipina, Krizziah Lyn Tabora.

Beliau tunduk 191-236 jatuhan pin untuk terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua manakala Krizziah dinobat sebagai juara dunia yang baharu, menurut laman sesawang kejohanan itu, www. qubicaamf.com.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara dalam kategori lelaki, Ahmad Muaz Mohd Fishol terkandas di peringkat separuh akhir setelah tewas 176-266 jatuhan pin kepada pemain Amerika Syarikat, Jakob Butturff.

Penguasaan Jakob sukar dibendung apabila beliau turut mempamerka­n aksi cemerlang pada pentas final setelah menewaskan pemain Columbia Oscar Rodriguez dengan 246-201 jatuhan pin untuk muncul juara dunia bagi kategori berkenaan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia