Utusan Borneo (Sabah)

Southgate panggil tiga lagi pemain muda

-

dalam untuk perlawanan persaantar­abangsa meBrazil di LONDON, England: Jurulatih England, Gareth Southgate memanggil tiga lagi pemain muda ke skuadnya satu lagi habatan nentang Stadium Wembley Selasa ini.

Southgate, yang memberikan penampilan sulung kepada lima pemain pada perlawanan persahabat­an menentang Jerman Jumaat lepas, menambah penjaga gol, Angus Gunn, pemain pertahanan, Lewis Cook dan penyerang Dominic Solanke ke dalam skuad untuk perlawanan menentang juara dunia lima kali, Brazil.

Kesemua tiga pemain ini beraksi dalam skuad Bawah 21 Tahun England di Ukraine Jumaat lepas dan Cook dan Solanke ada beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada awal tahun ini.

Gunn, 21, pemain kelab Manchester City tetapi dipinjamka­n ke kelab Norwich City dalam divisyen dua, dipanggil untuk menggantik­an Jack Butland, yang mengalami kecederaan retak tulang jari semasa sesi latihan. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia