Utusan Borneo (Sabah)

Parit tersumbat punca air melimpah di LTT

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kawasan Lapangan Terbang Tawau (LTT) di sini dinaiki air yang melimpah dari parit dari jam 12.45 tengahari sehingga3p­etangAhad,namun tidak ada jadual penerbanga­n dilaporkan terjejas.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kejadian itu sebagai insiden pertama yang pernah berlaku di kawasan itu semenjak LTT beroperasi.

Kejadian dikatakan berpunca akibat hakisan yang terjadi semasa hujan lebat, sehingga menutup ruang laluan parit dan menyebabka­nnya tersumbat sebelum air melimpah.

Bagaimanap­un, insiden itu berjaya diatasi hasil tindakan susulan daripada kakitangan LTT membuka saluran parit yang tersumbat akibat kesan hakisan yang berlaku.

Utusan Borneo difahamkan paras air tertinggi mencecah lutut berlaku kira-kira jam 1.20 petang, namun surut selang 20 minit kemudian sebelum pulih sepenuhnya pada 3 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus ketika dihubungi berkata kawalan lalulintas oleh polis trafik di kawasan LTT berjalan seperti biasa.

“Kita juga sentiasa bersiapsed­ia untuk menempatka­n pasukan bertugas yang diperlukan sekiranya wujud sebarang bencana alam yang berlaku,” katanya.

 ??  ?? AIR melimpah yang berlaku di kawasan LTT ini dikatakan baharu pertama kali berlaku dan berpunca daripada hakisan yang menutup aliran air parit.
AIR melimpah yang berlaku di kawasan LTT ini dikatakan baharu pertama kali berlaku dan berpunca daripada hakisan yang menutup aliran air parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia