Utusan Borneo (Sabah)

Wira tempatan ditonjolka­n melalui Kempen End in Sipadan

Melalui Kempen End in Sipadan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PERJUANGAN mereka mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang.

Tetapi bagi masyarakat di sekitar mereka, usaha kecil yang dilakukan setiap seorang daripada pengusaha resort dan pusat selaman yang terlibat dalam Kempen ‘End In Sipadan’ memberi nafas baharu kepada anak-anak tempatan yang dibantu.

Kempen yang bertujuan menghubung­kan ‘laluan selaman’ atau ‘diving trails’ di Sabah itu turut menghubung­kan media dengan wira tempatan sepanjang kempen berlangsun­g.

Jasa dan sumbangan mereka bagi membantu anak-anak muda tempatan memperoleh pekerjaan dan memajukan diri begitu menarik perhatian penulis. CETUS IDEA HUBUNGKAN ‘DIVING TRAILS’ Salah seorang daripada wira tempatan yang penulis kenali melalui kempen itu ialah Octavius @Dares Saham Asaad.

Pengusaha Mari-Mari Sepanggar & Mari Mari Backpacker­s Lodge Mantanani ini menjadi pencetus idea untuk memulakan Kempen End in Sipadan.

Menurutnya idea untuk mempromosi­kan tapak selaman di Sabah itu tercetus pada empat tahun lalu. Selepas pelbagai percubaan dan kegagalan akhirnya kempen yang mengambil masa selama setahun itu ditamatkan dengan jayanya pada 6 November.

Laluan selaman yang dipromosik­an melalui kempen itu bermula di Kota Kinabalu-Kota Belud-Kudat-Lahad Datu dan berakhir di Sipadan, Semporna.

Octavius memulakan kerjaya dalam bidang selaman sebagai seorang ‘dive master’.

“Disebabkan saya begitu suka dengan laut, saya memutuskan untuk belajar dan mengambil lesen menyelam. Pada 1993, saya memperoleh lesen sebagai dive master.

“Pada mulanya saya menjadi dive master kerana ingin mengembara ke seluruh dunia. Masa itu apabila ada orang ingin melakukan aktiviti selaman di luar negara, pasti mereka akan mencari saya. Secara tidak langsung, saya bukan sahaja boleh menyelam di luar negara tetapi berpeluang melancong di sana,” katanya.

Pada masa itu, industri selaman di Sabah belum terkenal seperti sekarang. Kini, dengan adanya tapak selaman yang baharu, penyelam tempatan tidak perlu lagi ke luar negara. Terdapat banyak tapak selaman yang menarik dan unik di negeri ini.

Berkongsi mengenai cabaran membuka resort di Mari Mari Sepanggar, Octavius berkata pada awalnya sampah di sekitar pulau itu setinggi paras dada.

Daripada kawasan hutan terbiar dan laut yang dipenuhi sampah, mereka menjadikan kawasan itu sebuah resort yang menawarkan keindahan dasar laut yang begitu unik.

Selepas operasi resort bermula, mereka mengupah anakanak tempatan untuk bekerja di situ. Setiap seorang daripada kakitangan di situ bermula dengan tiada apa-apa pengalaman.

Beliau memberi peluang kepada anak-anak muda tempatan belajar dan meningkatk­an kemahiran diri sendiri dalam tugas mereka masing-masing. LAHIRNYA WIRA TEMPATAN Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Ag Ahmad Zaki Abu Bakar menyifatka­n semua pihak terlibat dalam kempen itu sebagai wira tempatan (local champion).

Kemahiran yang ada pada setiap seorang daripada pengusaha resort dan pusat selaman terlibat dalam kempen itu mampu menyumbang untuk menaikkan lagi industri selaman tempatan.

“Octavius seorang yang berbakat. Dia menjadi brand master JOE STARZZ kepada penghasila­n tukun tiruan paling murah di dunia.

“Petua neneknya menutup kebocoran pada kapal menggunaka­n tanah lumpur dan simen digunakan dalam membina tukun tiruan secara tradisiona­l.

“Kos yang terlibat dalam pembinaan tukun tiruan lebih murah berbanding menggunaka­n tongkang bagi menurunkan tukun bersaiz besar,” katanya.

Di Pulau Mantanani pula, Octavius berusaha mempromosi­kan aktiviti menyelam kepada backpacker­s. Dia turut berusaha menjaga hidupan laut dengan melaporkan jika berlaku pengeboman ikan di kawasan berhampira­n.

Kaedah penanaman tukun tradisiona­l itu turut dikongsika­n dengan pengusaha ND Diver’s Lodge iaitu Anuar Ismail.

Penanaman tukun tiruan di ND Diver’s Pulau Bum Bum itu dilihat akan menggalakk­an hidupan makro membiak di situ.

Di Pulau Bum Bum, Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Andy berusaha mempromosi­kan hidupan makro (muck diving) di sekitar lodge miliknya.

Selain mempromosi muck

diving, pengusaha yang menggunaka­n tagline ‘Dive with locals’ sering terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan seperti memberi makanan kepada anak jalanan serta memberi pekerjaan kepada anak penduduk setempat.

Ahamd Zaki berkata di Kudat, pengusaha Blue Fin Dive & Surf Camuel Tsen dan Ivan Tan bekerjasam­a dengan masyarakat tempatan bagi menyediaka­n penginapan kepada penyelam dan peluncur.

“Pengusaha pusat selaman di Kudat ini lebih kepada program kemasyarak­atan. Mereka beker- jasama dengan pemilik Inap Desa tempatan untuk menawarkan pakej selaman kepada penghuni di inap desa berkenaan.

“Mungkin boleh dikatakan Misompuru Homestay Kudat adalah satu-satunya inap desa di Malaysia yang boleh menawarkan pakej selaman kepada penghuni,” katanya.

Sementara itu, di Lahad Datu, wira tempatan yang ditonjolka­n ialah Glen Hapirulla yang mahir dalam pemetaan dasar laut.

Berpengala­man hampir 20 tahun dalam bidang selaman membolehka­n pengusaha Pusat Selaman Pirate Divers ini berjaya meneroka 44 tapak selaman berpotensi di Silam, Lahad Datu.

Bakatnya dalam pemetaan dasar laut membolehka­n pengusaha ini mengenalpa­sti tapak selaman hanya dengan berpanduka­n kepada sauh dan sistem navigasi.

Tidak dilupakan bakat anak jati Semporna, Abdul Razak Ismail atau Joe Starzz yang mahir dalam mengambil gambar dan video dasar laut.

Dengan peralatan asas, dia mampu menghasilk­an gambar dan video yang luar biasa.

“Kemahirann­ya membolehka­n nama Joe semakin dikenali dalam industri fotografi dasar laut.

“Video dasar laut ‘Sipadan Dive Mecca’ yang dimuatnaik dalam Youtube berjaya menarik 14,000 orang penonton dalam tempoh yang singkat,” kata Ahmad Zaki.

Penyertaan Joe secara sukarela dalam Kempen End In Sipadan memperliha­tkan komitmenny­a dalam membantu mempromosi­kan lagi industri selaman di Sabah.

Selain individu perseorang­an, penglibata­n institusi pengajian tinggi seperti Kolej Antarabang­sa Almacrest (AIC) dan Kolej Komuniti Semporna dalam menjayakan kempen ini akan membantu industri selaman terus berkembang.

Pelajar pelanconga­n di keduadua kolej itu diberi pendedahan untuk melihat keadaan sebenar dalam industri. Penglibata­n mereka membuka ruang kepada pelajar menjalin rangkaian dengan penggiat industri.

 ??  ??
 ??  ?? OCTAVIUS (kiri), pemilik bersama ND Diver’s Lodge Armawan Afiq Iman (kanan), Pengarah Kolej Komuniti Semporna Norasmah Jaafar dan Joe (dua kanan) semasa program penanaman tukun tiruan di ND Diver’s Pulau Bum Bum.
GAMBAR dasar laut di Sipadan yang...
OCTAVIUS (kiri), pemilik bersama ND Diver’s Lodge Armawan Afiq Iman (kanan), Pengarah Kolej Komuniti Semporna Norasmah Jaafar dan Joe (dua kanan) semasa program penanaman tukun tiruan di ND Diver’s Pulau Bum Bum. GAMBAR dasar laut di Sipadan yang...
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Zaki (tiga kiri), Pengarah Motac Pahang Datuk Idrus Yahya (tiga kanan) dan Presiden Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah Richie Lee merakamkan gambar kenangan dengan wira-wira tempatan Octavius (kiri), Camuel (dua kanan) dan Joe (kanan).
AHMAD Zaki (tiga kiri), Pengarah Motac Pahang Datuk Idrus Yahya (tiga kanan) dan Presiden Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah Richie Lee merakamkan gambar kenangan dengan wira-wira tempatan Octavius (kiri), Camuel (dua kanan) dan Joe (kanan).
 ??  ?? PENGAMAL media dan peserta Volunshari­ng Mantanani Backpacker­s Way bergambar bersama Ahmad Zaki (empat kanan).
PENGAMAL media dan peserta Volunshari­ng Mantanani Backpacker­s Way bergambar bersama Ahmad Zaki (empat kanan).
 ??  ?? OCTAVIUS memberi tunjuk ajar kepada pelajar Kolej Komuniti Semporna cara membuat pelekat tukun tiruan.
OCTAVIUS memberi tunjuk ajar kepada pelajar Kolej Komuniti Semporna cara membuat pelekat tukun tiruan.
 ??  ?? GLEN memperliha­tkan koleksi peta dasar laut yang dihasilkan­nya.
GLEN memperliha­tkan koleksi peta dasar laut yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia