Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar sekolah ditahan dalam operasi banteras lumba haram

-

IPOH: Pelajar sekolah dan kolej adalah antara 131 yang ditahan dalam satu operasi membentera­s kegiatan lumba haram di Jalan Jelapang-Silibin di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata dalam operasi empat jam bermula 11 malam itu, mereka yang ditahan berumur 15 hingga 50 tahun.

Katanya dalam operasi tersebut pihak polis turut menyita 152 pelbagai jenis motosikal dengan 35 daripadany­a ditinggalk­an di kawasan itu sementara penunggang­nya melarikan diri daripada ditangkap pihak berkuasa. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia