Utusan Borneo (Sabah)

Mayat reput lelaki Belanda ditemui, dua suspek ditangkap

-

JAKARTA: Dua lelaki telah ditangkap atas pembunuhan seorang lelaki tua Belanda yang mana mayat reputnya telah ditemui di rumahnya di pulau percutian Bali di Indonesia.

Mayat Robert Gilhooad, 80, ditemui pada 3 November di rumah sewanya di Jimbaran, kawasan peranginan di selatan pulau.

Hasil bedah siasat memutuskan ekspatriat Belanda itu telah dibunuh, menurut anggota polis Aris Purwanto, ketua siasatan jenayah wilayah.

“Mangsa mempunyai kecederaan di kiri kepalanya,” kata beliau sambil menambah bahawa pelaku telah menggunaka­n objek seperti besi.

Dua suspek telah ditahan berhubung jenayah itu, menurut Purwanto.

Pihak polis percaya terdapat motif bersifat kewangan untuk membunuh Gilhooad, pemastauti­n tetap di Bali yang tinggal bersendiri­an.

Pembunuhan itu yang kedua dalam beberapa bulan di Jimbaran, kampung nelayan yang terkenal dengan restoran makanan lautnya.

Sepasang warga emas Jepun ditemui ditetak dan rentung dibakar di rumah mereka pada 4 September. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia