Utusan Borneo (Sabah)

Kadar jangka pendek dijangka stabil

-

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia yang akan menawarkan beberapa tender untuk menyerap lebihan kecairan dalam sistem.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar semalaman disebut pada 2.97 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada 3.02, 3.06 dan 3.11 peratus.

BNM membuat campur tangan hampir setiap hari bagi menyerap lebihan mudah tunai dengan menjalanka­n tender pasaran wang konvension­al, tender Qard dan tender pasaran wang lelongan pelbagai kematangan.

Lebihan jumlah kecairan di dalam sistem konvension­al untuk minggu yang baharu berakhir telah naik kepada RM29.02 bilion daripada RM25.7 bilion dalam minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM8.06 bilion daripada RM6.3 bilion sebelum ini.

Penanda aras kadar antara bank tiga bulan berada pada 3.43 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia