Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan FBM KLCI dijangka didagangka­n rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangka­n rendah minggu ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Presiden Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia Nik Ihsan Raja Abdullah berkata indeks penanda aras dijangkaka­n bergerak dalam jajaran 1,740-1,750 mata ekoran kurangnya pemangkin baharu.

“Ekoran ketiadaan petunjuk tempatan, peserta pasaran mungkin enggan memasuki pasaran, sambil menjejaki pergerakan harga minyak global,” katanya.

Untuk minggu yang baharu berakhir, pasaran niaga hadapan didagangka­n bercampur-campur, seiring dengan pasaran tunai, katanya.

Berdasarka­n perbanding­an mingguan, November 2017 susut 1.5 mata kepada 1,738.5, Disember 2017 turun tiga mata kepada 1,737.5, Mac 2018 turun satu mata kepada 1,741.0, dan Jun 2018 merosot 2.5 mata kepada 1,736.5.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 20,297 lot berbanding 31,975 lot pada Jumaat lepas manakala minat terbuka meningkat kepada 28,006 kontrak berbanding 26,123 kontrak sebelumnya.

Pada Jumaat, FBM KLCI ditutup 4.53 mata lebih rendah kepada 1,742.28. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia