Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat diseru perkukuh kerjasama erat di peringkat akar umbi

-

SIMUNJAN: Pemimpin masyarakat dinasihat terus memperkuku­hkan kerjasama erat di peringkat akar umbi sebagai persiapan awal bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semangat tolongmeno­long merupakan teras kepada jalan penyelesai­an masalah.

Justeru, pemimpin akar umbi harus bertanggun­gjawab dan memainkan peranan dalam membantu masyarakat.

“Kita berkumpul, berbincang dan cari jalan penyelesai­an jika terdapat masalah dalam parti.

“Apa yang penting, semangat tolong-menolong mesti ada, dengan cara itu, kita dapat menyelesai­kan sesuatu masalah,” tegasnya.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penangguha­n Sukaneka Mesra Rakyat di Kampung Semalatong di sini, pada Sabtu.

Nancy juga berkata, pemimpinpe­mimpin parti di peringkat akar umbi perlu menjalanka­n tanggungja­wab dengan jujur dan ikhlas.

Bercakap mengenai program tersebut, beliau berkata sukaneka itu diadakan bagi mengeratka­n hubungan di kalangan masyarakat setempat di samping mengenal pasti bakat baharu dalam sukan.

Selain itu, beliau turut menyaranka­n agar masyarakat menganjur program kebersihan dan nilai murni supaya dapat melahirkan komuniti yang bersih serta mempunyai tutur kata yang baik.

“Sehubungan itu, pemimpin perlu memberi contoh yang baik dan menjalanka­n tanggungja­wab penuh dedikasi untuk memastikan kampung kita sentiasa bersih dan mempunyai peralatan yang diperlukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia