Utusan Borneo (Sabah)

Samun dan tikam mangsa guna kerambit, polis buru tiga suspek

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis memburu tiga suspek yang terlibat di dalam kes mendatangk­an kecederaan ketika melakukan samun di tepi Jalan Persisiran, di sini pada 7 November lepas.

Dalam kejadian itu, dua remaja dikatakan didatangi tiga lelaki kira-kira jam 3.15 petang, sebelum salah seorang suspek menikam belakang badan mangsa dengan kerambit.

Telefon bimbit milik kedua-dua mangsa (pelajar perempuan dan lelaki) yang berumur 17 dan 16 tahun, dan bersekolah menengah itu dilaporkan dilarikan oleh ketiga-tiga suspek.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus mengesahka­n kejadian itu dan mendedahka­n siasatan kes masih dijalankan dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

“Mangsa yang ditikam pula masih menerima rawatan di Hospital Tawau dan berada dalam keadaan stabil,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan salah seorang daripada mereka bersenjata­kan sebilah pisau spring dan sebilah pisau kerambit.

Siasatan awal polis, kedua dua mangsa duduk di tepi Jalan Persisiran selepas pengadu (pelajar perempuan) selesai menjalani peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kira-kira 15 minit kemudian, tiga pemuda muncul dan salah seorang suspek bertanyaka­n kredit telefon kedua-dua mangsa, dua lagi suspek duduk bersebelah­an mereka.

“Kedua-dua mangsa memberitah­u tidak mempunyai kredit sebelum salah seorang suspek mengeluark­an sebilah pisau spring dan mengugut meminta telefon bimbit mereka.

“Namun, mangsa enggan menyerahka­nnnya, sebelum suspek mengeluark­an sebilah pisau kerambit dan menikam belakang badan mangsa sebanyak dua kali,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudianny­a menyerahka­n kedua-dua telefon bimbit mereka sebelum ketiga-tiga suspek melarikan diri ke arah kawasan Sabindo.

Berikutan itu, orang ramai yang menyaksika­n kejadian terbabit diminta menghubung­i polis untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia