Inovasi penghasilan simenfero bantu jana pendapatan belia
BETONG: Inovasi dalam penghasilan produk simenfero dapat menambah pendapatan belia malah memberi keuntungan jika diusaha dengan bersungguh-sungguh termasuk direka dalam pelbagai bentuk menarik minat pengguna.
Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Layar Gerald Rentap Jabu menyeru belia membangunkan usaha masingmasing dalam menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang perusahaan yang menguntungkan dan menjana pendapatan diri dan keluarga.
“Kerajaan sentiasa menyediakan peluang kepada belia melengkapkan diri dengan ilmu yang boleh dimanfaat untuk kesenangan diri dan masyarakat sekeliling.
“Justeru, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerusi Politeknik Metro Beton g Sarawak( P M B S) yang berkemahiran tinggi dan khusus dalam simenfero menyediakan kursus belia terpilih menyertai program yang direncana.
“Pada masa yang sama memberi kemahiran kepada belia untuk terus mendalami ilmu bagi menghasilkan inovasi simenfero,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup rasmi program Touch Point 2017 @ PMBS yang berlangsung di sini pada Ahad.
Tambahnya belia perlu proaktif dalam menghasilkan sesuatu termasuk mencari modal untuk memulakan perusahaan dan mengembangkan produk yang diiktiraf.