Jawatankuasa kecil peringkat akar umbi perlu ditubuh di setiap kampung
MIRI: Sebuah jawatankuasa kecil peringkat akar umbi perlu ditubuh di setiap kampung dan kawasan bagi memudahkan capaian dan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.
Menteri Muda Pelancongan, KeseniandanKebudayaanmerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin Datuk Lee Kim Shin merancang menubuh jawatankuasa kecil seperti itu di setiap kampung dan kawasan beliau yang agak luas, bagi memudahkannya mendekati rakyat termasuk menyampaikan khidmat dengan lebih berkesan.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-4 SUPP Cawangan Senadin di dewan bangunan parti itu di sini, pada Ahad, Lee mahu semua ahli parti di setiap cawangan kecil bekerja bersama beliau sebagai satu pasukan untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.
“Saya seorang sahaja tidak mampu melakukannya (kerana kawasan DUN Senadin luas dengan populasi yang bertambah), justeru saya memerlukan satu pasukan yang kuat dan kita berkhidmat bersama-sama,” katanya.
“Kita akan menubuhkan jawatankuasa peringkat akar umbi seperti di kampung supaya dapat mendekati rakyat,” kata Lee sambil menasihati ahli parti menyampaikan khidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.
Lee memberitahu sejak tiga tahun lepas, setelah beliau dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan, banyak pembangunan sudah dikecapi dan dilaksana termasuk menaik taraf jalan utama daripada dua lorong kepada empat lorong dan banyak lagi.
Beliau dalam ucapannya juga mahu ahli parti sedia ada lebih giat merekrut ahli baharu yang kini menyaksikan keahlian SUPP Senadin melonjak daripada 5,000 ahli tiga tahun lalu kepada lebih 7,000 ahli tahun ini.
Keahlian SUPP di Senadin juga katanya,mencatatangkatertinggibagi Pergerakan Pemuda iaitu lebih 2,000 manakala Wanitanya mempunyai lebih 5,000 ahli, satu pencapaian yang amat memberangsangkan.
Sementara itu mesyuarat semalam sebulat suara meluluskan senarai 45 ahli jawatankuasa baharu yang sudah dipilih untuk menerajui cawangan Senadin bagi tempoh tiga tahun lagi.
Diterajui Lee selaku pengerusi SUPP Cawangan Miri, turut menyaksikan pelantikan Chai Kuen Ming sebagai timbalan beliau dan empat naib pengerusi terdiri daripada Kueh Chie Tiong, Goh Khiok Seng, Chong Ah Muk dan Joanna Ping Eng Oyok.
Setiausaha dilantik ialah Jeffery Phang yang dibantu tiga penolong setiausaha terdiri daripada Chin Haw Leong, Chong Khee Fah dan Riti Assan.
Manakala bendahari ialah Jee Kee Hiong dibantu Thian Siew Foong sementara Ketua Pemuda Tang Siong Chung dan Ketua Wanita Yap Siew Jin, di samping bakinya terdiri daripada ahli jawatankuasa cawangan yang lain.