Utusan Borneo (Sabah)

Kereta api masuk gaung di Congo

-

LUBUMBASHI: Seramai 33 orang telah dikhuatiri meninggal dunia kelmarin di Republik Demokratik Congo selepas sebuah kereta api muatan membawa minyak terjunam ke dalam sebuah gaung.

Radio PBB Okapi menyebut tentang 33 kematian dengan beberapa kecederaan atau melecur di dalam kemalangan yang berlaku di wilayah luas kaya dengan bahan mineral di Katanga, sebesar Sepanyol.

“Sehingga sekarang angka tersebut adalah lapan kematian dan beberapa kecederaan.

“Angka tersebut mungkin akan bertambah tinggi dengan ketara,” kata menteri perlombong­an wilayah Lualaba Jean-Marie Tshizainga.

Kereta api itu, di mana mangsa sedang merantau secara haram, telah bergerak di antara bandar kedua negara Lubumbashi ke Luena di Katanga.

Kereta api itu membawa 13 buah tangki minyak dan tergelinci­r dari landasan ketika menaiki cerun berhampira­n stesen Lubudi.

Ia telah terjunam ke dalam gaung dan tangki tersebut terbakar, menurut radio Okapi.

“Ia adalah sebuah kereta api muatan yang tergelinci­r dari landasan dan ia adalah tidak sepatutnya membawa penumpang, Sekiranya terdapat orang di dalamnya, kami menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin,” menurut Sylvestre Ilunga Ilukamba, pegawai kanan dari syarikat perkhidmat­an kereta api negara.

Katanga telah menyaksika­n beberapa kemalangan maut melibatkan kereta api.

Pada 2014, sebuah kereta api muatan tergelinci­r dari landasan mengorbank­an 74 orang dan mencederak­an 163 orang, menurut kepada pihak berkuasa namun pihak Palang Merah menyatakan sehingga 200 mayat telah dikebumika­n,

Sebulan kemudian agensi berita negara menyatakan tentang 136 kematian.

Satu lagi kemalangan kereta api pada Julai 1987 berhampira­n sempadan Zambia mengorbank­an 150 orang selepas merempuh sebuah lori. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia