Utusan Borneo (Sabah)

JKR sahkan tiada lubang di Jalan Kanibongan

-

KOTA MARUDU: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahka­n tiada lubang di Jalan Kanibongan Pitas, iaitu lokasi kemalangan maut yang mengorbank­an empat pelajar pada 24 Oktober lalu.

Wakil Pengarah Kerja Raya Kamaludin Ag Abas berkata bertindak daripada kejadian itu, JKR membentuk satu pasukan khas pemeriksa bagi melakukan pemeriksaa­n terperinci di lokasi kejadian.

“Hasil daripada penelitian serta pemeriksaa­n di Jalan Kanibongan iaitu kawasan dari Kilometer 20.5 hingga 21 pada tarikh kejadian mendapati tiada lubang di jalan berkenaan.

“Keadaan permukaan jalan di lokasi berkenaan adalah bebas lubang dan pihak JKR berharap orang ramai tidak membuatspe­kulasiberh­ubung kemalangan itu sehingga pihak berwajib menyiapkan siasatan dan mendapatka­n keputusan rasmi,” katanya.

Terdahulu, empat pelajar wanita dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II disahkan maut apabila kereta jenis Toyota Avanza yang dinaiki bersama lima lagi pelajar lelaki terbabas kirakira jam 6.30 pagi.

Rebecca Stacey Saimon, 16, dari Kampung Narandan Pitas; Dayang Munisah Exon, 18, dari Kampung Kadayyan Pitas; dan Evi Elsie Jukirim, 18, dari Kampung Boribi Kanibongan disahkan maut serta-merta di lokasi kejadian. Sewwta Kongkoyan, 18, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku disebabkan kereta hilang kawalan serta dipercayai dipandu laju sebelum terbabas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia