Utusan Borneo (Sabah)

Rogol gadis kelainan upaya

Tukang paip kena penjara 15 tahun dan satu sebat

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang tukang paip yang merogol seorang gadis kelainan upaya (OKU) sehingga melahirkan bayi, dikenakan penjara 15 tahun dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 30 tahun, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah, kerana merogol saudaranya.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 18 tahun pada waktu kejadian, pada hujung Oktober 2014 jam 7 pagi di sebuah rumah kampung di daerah Beaufort.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan, penjara selama 20 tahun dan sebat.

Semasa rayuan, peguam Henry Gudid yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan dikenakan, walaupun kes terbabit sudah berada pada peringkat pembelaan.

“Tertuduh tidak mencederak­an mangsa secara fizikal, hanya mengugut dengan kata-kata. Tertuduh juga meminta maaf kepada mangsa,” katanya.

Beliau juga menyatakan tertuduh memberikan kerjasama kepada pihak polis ketika siasatan dijalankan.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim menegaskan pengakuan salah tertuduh tidak melayakkan­nya mendapatka­n hukuman yang ringan.

“Fakta kes menunjukka­n mangsa dirogol tanpa kerelaanny­a. Tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang mempunyai fikiran seperti kanak-kanak berusia 12 tahun.

“Mangsa juga dirujuk ke Jabatan Kebajikan dan disahkan sebagai orang kelainan upaya,” katanya dan menambah, berikutan itu mangsa sudah melahirkan bayi.

Selain itu, Azreena juga memerintah­kan tertuduh membayar pampasan sebanyak RM10,000 kepada mangsa, gagal bayar penjara enam bulan dikenakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia