Utusan Borneo (Sabah)

Curi jala ikan, penggangur kena penjara sepuluh bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang penggangur yang mencuri jala ikan bernilai RM200 dikenakan penjara sepuluh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret Herlina Muse menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Nazri Salutan, 26, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Tertuduh mencuri jala milik seorang lelaki berusia 58 tahun, pada 2 November jam 2 petang di sebuah rumah Kampung Lok Kawi Baru, Putatan.

Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

Dalam kes berasingan, dua lelaki dikenakan penjara sepuluh bulan kerana mencuri sebuah bateri kereta milik seorang wanita berusia 43 tahun.

Mohd Asri Peter, 33, dan Mohd Zilnas Abas, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam disabitkan mengikut Seksyen 379 Kanun Keskesaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau keduaduany­a sekali.

Kesalahan itu dilakukan pada 4 November jam 10 pagi di perkaranga­n sebuah rumah di Taman Antarabang­sa, Likas, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pada 7 November, satu laporan polis dibuat pengadu mengenai kecurian yang berlaku di rumahnya.

Hasil siasatan, semasa pengadu balik dari Labuan, beliau dimaklumka­n jirannya ada dua lelaki mencurigak­an di rumahnya kira-kira jam 10 malam, sambil memegang sebuah bateri.

Bertindak atas maklumat, pada 9 November kedua-dua tertuduh berjaya ditangkap pihak polis dan setelah disoal siasat, mereka mengaku mencuri bateri berkenaan.

Mereka juga menjual bateri berkenaan untuk membeli barangan keperluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia