Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 20 bulan curi dompet pelancong asing

-

KOTA KINABALU: Seorang penggangur yang mencuri dompet milik seorang pelancong wanita warga asing, dikenakan penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitusmen­jatuhkanhu­kuman itu terhadap Ahadi Salleh, 20, selepas mengaku bersalah mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau dengan denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah mengenakan denda sebanyak RM500 atau penjara dua bulan terhadap tertuduh.

Tertuduh mencuri dompet milik Wong Chau Lam, 32, yang berisi wang tunai RM1,500, Dollar Hong Kong 1,000, kad kredit, kad ATM dan kad Bank of China.

Kesalahan itu dilakukan bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 23 April jam 6 petang di sebuah bilik hotel, Jalan Gaya, di sini.

Sementara itu, seorang lagi penggangur berusia 26 tahun dikenakan penjara selama 11 bulan, selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi.

Cyril Wong Tet Kong menjual sebuah bateri lori milik Majlis Daerah Putatan, kepada premis pengumpul besi buruk pada 5 November di Putatan.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 414 kanun sama, memperuntu­kkan penjara selama antara enam bulan hingga tujuh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a.

Kedua-dua pendakwaan berkenaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia