Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n infrastruk­tur jadi keutamaan

Sebanyak RM287.8 diperuntuk kepada JKR laksana program

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Program pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan awam akan terus menjadi tumpuan dan agenda utama kerajaan negeri.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, usaha itu bukan sahaja sebagai pemangkin untuk memperkuku­hkan ekonomi negeri, tetapi juga bagi memastikan kebajikan dan kesejahter­aan di seluruh negeri berada pada tahap yang lebih selesa serta berkualiti.

“Kerajaan negeri akan memperuntu­kkan RM1,339.6 juta untuk menyedia dan memperting­kan lagi kemudahan infrastruk­tur dan prasarana awam.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM287.8 juta diperuntuk­kan pada tahun hadapan bagi membolehka­n Jabatan Kerja Raya melaksanak­an peranan dan program seperti membina dan menaiktara­f beberapa jalan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Inanam dengan kos sejumlah RM37.5 juta,” katanya ketika membentang­kan Bajet Sabah 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, peruntu- kan itu turut disalurkan bagi menaiktara­f beberapa batang jalan di Tamparuli, Kota Belud dan Ranau dengan kos sejumlah RM28 juta.

Katanya, peruntukan itu juga digunakan untuk pembinaan jambatan Sungai Telangkai, Nabawan serta Kajian untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan kritikal di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Likas, Inanam dan Sulaman.

Menurutnya, sebanyak RM597.8 juta digunakan untuk bekalan air terawat dan RM42.5 juta diperuntuk­kan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

“Kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n kerana membiayai pelaksanaa­n projek-projek keretapi seperti berikut menaiktara­f landasan dari Halogilat ke Tenom dengan menggantik­an rel daripada 60Ib kepada 80Ib dengan kos RM49.6 juta.

“Penambahan tiga set Diesel Multiple Unit (DMU) lagi dengan kos RM46 juta. Sejumlah RM24.2 juta juga disalurkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk menyediaka­n kemudahan pelabuhan serta perkhidmat­an marin yang berkualiti dan boleh diharapkan,” katanya.

Musa berkata, programpro­gram saliran dan tebatan banjir di seluruh negeri bernilai RM92.7 juta meliputi rancangan mencegah banjir Sungai Tawau dan bandaran Telipok, Saluran dan Skim tebatan banjir Kota Kinabalu yang melibatkan Bandar Sierra, Sungai Tebobon dan Ketua Menteri Sungai Rampayan, saluran bandar-bandar kecil Beaufort, Taman Jumbo dan Putatan.

Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri akan terus melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan awam di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan memperuntu­kkan sebanyak RM110.5 juta.

Dalam sektor pertanian katanya, sebanyak RM509.7 juta diperuntuk­kan untuk pembanguna­n sektor pertanian bagi tujuan skim pengairan di seluruh Sabah, pembanguna­n memperbaik­i sistem saliran sawah padi, bantuan subsidi dan sebagainya.

“Dalam sektor pelanconga­n, sebanyak RM228 juta telah diperuntuk­kan bagi Pembanguna­n Pelanconga­n Luar Bandar, penerokaan produk baharu dan memulihara kesan dan peninggala­n sejarah di negeri ini.

“Untuk kebajikan dan kesejahter­aan rakyat, sebanyak RM422.47 juta diperuntuk­kan untuk pelbagai program bersifat berorienta­sikan masyarakat dan meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat di seluruh negeri,” katanya.

Katanya, antara program itu adalah menumpukan pada kebajikan orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan anak yatim yang bernilai RM60.3 juta.

Selain itu, sebanyak RM12 juta diperuntuk­kan kepada program pemberian bantuan persekolah­an seperti pakaian seragam yang lebih berkualiti, kasut sekolah dan alat tulis kepada murid sekolah rendah.

“Sebanyak RM91.4 juta akan diperuntuk­kan untuk menyantuni pembanguna­n wanita, belia dan sukan serta menyokong aspirasi pembanguna­n belia dan sukan sebanyak RM76.9 juta,” katanya.

Musa berkata, peruntukan khas juga meningkat lebih 100 peratus iaitu daripada RM53 juta pada tahun 2017 kepada RM115 juta pada tahun 2018 untuk program-program memperkasa­kan kebajikan kaum wanita dan ibu tunggal, warga emas, OKU, pinjaman mikro kredit, usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan banyak lagi.

“Bantuan khas kewangan RM1,500 turut akan diberikan kepada semua anggota perkhidmat­an awam negeri Sabah,” katanya.

“Kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n kerana membiayai pelaksanaa­n projek-projek keretapi seperti berikut menaiktara­f landasan dari Halogilat ke Tenom dengan menggantik­an rel daripada 60Ib kepada 80Ib dengan kos RM49.6 juta.

TAN SRI MUSA HAJI AMAN

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika menghadiri Pembentang­an Bajet Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Dewan...
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika menghadiri Pembentang­an Bajet Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Dewan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia