Utusan Borneo (Sabah)

Prasekolah platform kenali potensi

Pupuk semangat perpaduan dalam diri murid

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pelajar prasekolah seharusnya dipupuk semangat perpaduan yang merupakan aspek penting dalam pembanguna­n negara dan perlu diberi perhatian serius setiap rakyat cintakan keamanan.

Katanya, kerajaan turut menitikber­atkan usaha pembinaan negara bangsa bagi memperkuku­hkan perpaduan, membina identiti nasional dan membangunk­an sumber manusia bersesuaia­n dengan keperluan negara dalam menghadapi cabaran globalisas­i di peringkat awal persekolah­an kanak-kanak.

“Kerajaan amat mengharapk­an kebertangg­ungjawaban semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengeta­huan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentit­i nasional.

“Dengan kata lain, pendidikan murid di prasekolah adalah platform mengenal dan mengembang­kan potensi diri kanak-kanak,” katanya semasa berucap merasmikan Konvokesye­n Gabungan Murid PraSekolah kali ke-15 daerah ini di dewan masyarakat di sini pada Khamis.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, pendidikan awal khususnya di prasekolah perlu dihayati oleh guru dan ibu bapa supaya berganding bahu membantu kanak-kanai untuk memupuk nilai di sekolah mahupun di rumah yang seiring dengan aspirasi sistem pendidikan negara menerusi anjakan ketiga Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Beliau difahamkan banyak kejayaan dan pencapaian murid prasekolah di daerah ini dalam tempoh lima tahun lalu sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Antaranya, Prasekolah SK Pegalan Kusob menerima Anugerah Prasekolah Cemerlang peringkat kebangsaan kategori Luar Bandar pada 2014.

Katanya, penyertaan dalam sukan futsal peringkat negeri di Kota Kinabalu oleh Prasekolah SK Pekan dan SRK St Theresa juga satu pencapaian dan yakin akan ada lagi pencapaian luar biasa selepas ini ekoran komitmen yang amat membanggak­an warga pendidik di daerah ini.

“Kementeria­n Pendidikan komited melaksanak­an transforma­si pendidikan melalui penambahba­ikan kurikulum sekolah dan sistem pentaksira­n kebangsaan dengan memberi penegasan kepada penyerapan, aplikasi, adaptasi dan pengamalan elemen kreativiti yang merupakan langkah proaktif dalam membentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajar­an telah dirancang bagi mendorong kepada perubahan dalam melahirkan modal insan cemerlang daripada aspek pemikiran kreatif dan mempunyai kemahiran keusahawan­an.

“Penekanan konsep KBAT dan juga inkuiri akan membantu murid-murid bukan sekadar menguasai pengetahua­n tetapi juga mampu menggunaka­nnya,” katanya.

Beliau berkata, kesedaran guru dalam memastikan pelaksanaa­n Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, Kurikulum Standard Sekolah RendahdanM­enangahber­jalan lancar juga merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam menerapkan budaya KBAT.

Seramai 398 murid prasekolah menerima sijil pada majlis konvokesye­n itu.

Turut hadir, Pegawai Daerah Thomas Logijin, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Haison Jahudin, Penolong Pegawai Daerah Jamain Ghani, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil, Pengerusi Majlis Pemaufakat­an Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Daerah Jalyah @Juliana Md Ag Asing dan Ketua Daerah OKK Philip Kitingan.

 ??  ?? PAIRIN serta Thomas, Haison dan pegawai kerajaan lain bersama guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah. JALYAH menyerahka­n cendera kenangan kepada Pairin. Turut kelihatan Haison (tiga kanan) dan Jamain (empat kanan). NIZAM menyampaik­an...
PAIRIN serta Thomas, Haison dan pegawai kerajaan lain bersama guru-guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah. JALYAH menyerahka­n cendera kenangan kepada Pairin. Turut kelihatan Haison (tiga kanan) dan Jamain (empat kanan). NIZAM menyampaik­an...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia