Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan agama dapat hindar gejala sosial

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Golongan ibu bapa diingatkan sentiasa memupuk perasaan kasih sayang serta menerapkan ajaran dan nilai-nilai budaya berunsur agama kepada anakanak mereka bagi membendung gejala sosial negatif.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata penerapan nilai-nilai kasih sayang serta ajaran agama dapat membendung pelajar dan golongan remaja dari terjebak dengan aktiviti kurang sihat.

Katanya,perananibu­bapadanmas­yarakat amat penting bagi membantu kerajaan menangani pelbagai kegiatan jenayah yang sering dikaitkan dengan golongan muda yang hilang pertimbang­an.

“Anak-anak merupakan aset penting negara dan mereka perlu diberikan kasih sayang sepenuhnya dengan memberikan mereka pendidikan agama di samping pendidikan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kg Kinbutan Kecil, di sini.

Jelasnya dengan penerapan nilai-nilai agama dan pemupukan kasih sayang, bukan sahaja akan dapat membina akhlak golongan muda malah ia boleh menyumbang ke arah membendung jenayah dan gejala sosial negatif.

“Selaku masyarakat dan ibu bapa, kita tidak seharusnya menuding jari kepada sesiapa sebaliknya kita hendaklah insaf dan bekerjasam­a membantera­s pelbagai kegiatan jenayah di sekeliling kita,” katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlulah sentiasa terus memupuk perasaan muhibah dan perpaduan di kalangan kaum serta saling hormat menghormat­i sesama kaum.

“Sebagai rakyat yang cintakan negara kita hendaklah terus memupuk perasaan muhibah dan perpaduan dalam kalangan kaum sebagai penjana utama ke arah kestabilan politik, keamanan serta kemakmuran hidup rakyat majmuk negara ini,” katanya.

Di samping itu, rakyat perlulah mensyukuri nikmati pembanguna­n dikecapi hari ini dengan terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang sentiasa prihatin membela nasib rakyat.

Nizam berkata keamanan, kemakmuran dan kesejahter­aan hidup yang dikecapi hari ini adalah hasil perjuangan para pemimpin terdahulu dan perlulah dipertahan­kan demi kedaulatan bangsa, agama dan negara.

“Berterima kasihlah kepada kerajaan dengan terus memupuk perasaan muhibah serta memberikan sokongan padu kepada apa pun program yang diberikan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia