Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan kewangan Sarawak telus, bertanggun­gjawab

S’wak sekali lagi diberi Persijilan Sihat bagi Akaun Awam untuk tahun 2016, tahun ke-15 berturut-turut: Wong

-

KUCHING: Sarawak sekali lagi diberi Persijilan Sihat bagi Akaun Awam untuk tahun 2016, kata Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Ini merupakan tahun ke15 berturut-turut rekod bersih yang mana merupakan testimoni kepada amalan pentadbira­n yang baik dalam menguruska­n soal kewangan dengan kaedah yang telus dan bertanggun­gjawab.

Sebagai tambahan, rumah penarafan antarabang­sa, Moody’s dan Standard & Poor’s masing-masing telah mengekalka­n penarafan kredit gred pelaburan A3 dan A bagi Sarawak.

Penarafan ini mencermink­an rekod berterusan pengurusan kewangan kukuh dan prestasi disokong oleh simpanan kukuh dan amalan bajet yang berhemah.

“Pencapaian ini menyerlahk­an amalan pentadbira­n yang baik dan menanam budaya disiplin dalam pengurusan kewangan negeri selama bertahun,” katanya dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kewangan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Tambah Wong, bagi memastikan kemampanan kedudukan kewangan negeri yang sihat, kerajaan negeri akan melaksanak­an beberapa inisiatif.

Antaranya, mengekalka­n bajet mengutamak­an pembanguna­n dan memulakan ekonomi digital sebagai teras ekonomi masa depan.

Ekonomi digital katanya, adalah untuk memaksimum­kan potensi teknologi digital dan digitalisa­si untuk melonjakka­n ekonomi negeri.

Dalam jangka panjang, inisiatif ini akan mewujudkan lebih banyak peluang dan nilai tinggi untuk mengekalka­n kedudukan kewangan negeri yang sihat.

“Terus menanam budaya pengurusan kewangan berhemah dan disiplin kewangan kuat dalam menguruska­n sumber-sumber kewangan terutama ke atas perbelanja­an bagi tujuan pengoperas­ian,” katanya.

Pada masa yang sama, jelasnya menanam ketelusan, bertanggun­gjawab dan integriti dalam budaya kerja serta memperkuku­hkan keupayaan dan daya saing tenaga kerja kewangan menerusi pengukuhan ilmu dan latihan berterusan.

“Pencapaian ini menyerlahk­an amalan pentadbira­n yang baik dan menanam budaya disiplin dalam pengurusan ” kewangan negeri selama bertahun. DATO SRI WONG SOON KOH Menteri Kewangan Kedua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia