Utusan Borneo (Sabah)

Konsep bandar pintar diterapkan dalam projek pembaharua­n bandar

-

KUCHING: Konsep bandar pintar diterapkan dalam projek pembaharua­n bandar untuk tujuan pengurusan persekitar­an yang lebih cekap dan bersepadu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek pembaharua­n bandar itu penting kerana pada masa kini kira-kira 53 peratus daripada jumlah penduduk di negeri ini tinggal di bandar.

Justeru katanya, pembaharua­n bandar melibatkan pembanguna­n semula kawasan penempatan yang sesak dan usang untuk menjadikan kawasan persekitar­an kediaman yang kondusif, selamat dan sihat.

“Dalam konteks ini, konsep bandar pintar akan turut diterapkan mengikut keperluans­etempatyan­gmana ia menekankan penggunaan teknologi digital untuk tujuan pengurusan persekitar­an yang lebih cekap dan bersepadu.

“Sebanyak tujuh projek sedang dijalankan atau dalam beberapa peringkat perancanga­n di bawah programpem­baharuanba­ndar dan kampung merangkumi Darul Hana, Kampung Sungai Bedaun, Kampung Sejingkat, Kampung Tabuan Melayu, Kampung Datu Baru di Sibu, Kemuyang di Sibu dan Kampung Baru, Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Pada masa sama Awang Tengah berkata pembanguna­n luar bandar melalui penyediaan pusat perkhidmat­an turut diberi perhatian khusus.

Katanya, pembanguna­n luar bandar ini penting agar jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dirapatkan untuk membolehka­n rakyat menikmatih­asilpemban­gunan secara saksama.

Antaranya projek yang sedang dilaksanak­an adalah pembanguna­n bandar baharu di Sebuyau, Matu dan Daro.

Tegasnya, pelaksanaa­n pembanguna­n secara bersepadu luar bandar ini yang disokong oleh penyediaan kemudahan asas, tempat perniagaan dan kemudahan ICT dijangka dapat merancakka­n lagi kegiatan ekonomi terutama mengembang­kan industri industri desa.

“Ini sudah tentunya akan dapat meningkatk­an pendapatan penduduk di luar bandar,” tambahnya.

Selain itu, Awang Tengah berkata kementeria­nya turut mengambil beberapa inisiatif dalam pelaksanaa­n pembaharua­n bandar.

Antaranya, menyediaka­n Garis Panduan Pelaksaaan Pembaharua­n Bandar Negeri yang akan digunakan setiap agensi yang terlibat dalam pelaksanaa­n tersebut.

Menurutnya, buat masa sekarang, permohonan untuk pembahagia­n dan pembanguna­n tanah dilakukan secara manual.

“Untuk menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an serta selari dengan kemajuan dalam teknologi digital Majlis Perancanga­n Negeri (SPA) di landasan untuk melaksanak­an proses yang dipacu oleh teknologi untuk memudahkan persiapan pelan stuktur dan tempatan selain fungsi perancanga­n lain.

“Sebagai contohnya, eSPA adalah sistem penghantar­an pelandalam­taliandand­ijangka dilaksanak­an sepenuhnya pada 2018,” ujarnya.

 ??  ?? AWANG Tengah menyampaik­an ucapan penggulung­annya.
AWANG Tengah menyampaik­an ucapan penggulung­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia