Utusan Borneo (Sabah)

Tiada ketirisan dalam agihan MRP, RTP

-

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh semalam menafikan berlaku ketirisan dalam agihan peruntukan bagi projek kecil luar bandar (MRP) dan projek transforma­si luar bandar (RTP).

Tegas Wong, setiap sen yang diperuntuk­kan bagi MRP dan RTP dikira dengan tepat dan diagih serta dibelanjak­an mengikut bajet.

Jelasnya, semua pembayaran bagi dana MRP dan RTP dilaksanak­an menerusi Pejabat Residen dan Jabatan Kerja Raya (JKR) atas kelulusan Ketua Menteri sendiri.

“Tuduhan DAP-Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) bahawa Dana Khas adalah ‘slush fund’ merupakan satu tuduhan yang serius.

“Adakah kamu (Chong Chieng Jen) tahu apa yang dimaksudka­n dengan ‘slush fund’?

“Menurut kamus Oxford ‘slush fund’ merujuk kepada wang yang digunakan oleh syarikat perniagaan sebagai rasuah. Jadi ini adalah satu tuduhan yang serius,” tegasnya.

Wong berkata demikian sebagai respons kepada Chong yang mempersoal­kan mengenai Dana Khas daripada kerajaan ketika penggulung­an oleh Wong bagi Kementeria­n Kewangan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Terdahulu dalam penggulung­gan mengenai isu yang dibangkitk­an oleh DAP-Kota Sentosa, Wong berkata dana RM665 juta bagi Dana Khas merangkumi peruntukan bagi MRP, RTP dan Dana Bantuan Pembanguna­n Khas.

Peruntukan ini katanya, adalah untuk program dan projek kecil terutama di kawasan luar bandar yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara langsung.

Mengulas mengenai isu berkaitan dengan pendapatan daripada kayu-kayan yang dibangkitk­an oleh PKR-Batu Lintang (See Chee How), Wong berkata pendapatan RM100 juta daripada premium kayu bukit adalah jauh sedikit berbanding sasaran RM300 juta.

Ini adalah berdasarka­n kepada kadar premium baharu RM50 bagi setiap meter padu berbanding kadar lama RM0.80 dan RM3.00 bagi setiap meter padu yang mana hanya berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.

“Strategi Bajet 2018 kita bukan sahaja untuk menjaga kepentinga­n kesejahter­aan rakyat amnya komuniti luar bandar di mana 53 peratus daripada jumlah bajet diperuntuk­kan bagi program dan projek luar bandar.

“Sebaliknya bajet ini juga mengambil kira kepentinga­n ekonomi negeri dalam jangka pendek dan panjang untuk memastikan kemampanan pertumbuha­n ekonomi dan menyediaka­n peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia