Utusan Borneo (Sabah)

Eksport produk kayu Sarawak RM4.61 bilion

90% iaitu RM4.13 bilion disumbangk­an papan lapis, balak, kayu bergergaji dan venir

-

KUCHING: Jumlah nilai eksport produk kayu Sarawak mencecah RM4.61 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Menteri selaku Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 90 peratus iaitu RM4.13 bilion disumbangk­an empat produk utama iaitu papan lapis bernilai RM2.47 bilion, balak bernilai RM936 juta, kayu bergergaji bernilai RM595 juta dan venir bernilai RM135 juta.

“Lima pasaran utama bagi produk perkayuan Sarawak terdiri daripada Jepun, India, Korea, Timur Tengah dan Taiwan yang menyumbang jumlah eksport sebanyak RM3.76 bilion,” katanya.

Awang Tengah memberitah­u, jika dibandingk­an dengan tempoh yang sama tahun lalu, nilai eksport produk kayu Sarawak meningkat sebanyak 4.7 peratus iaitu daripada RM4.41 bilion kepada RM4.61 bilion.

“Peningkata­n ini disumbangk­an oleh pertumbuha­n nilai eksport bagi papan lapis dan kayu bergergaji.

“Nilai eksport kayu papan lapis telah meningkat sebanyak RM368 juta iaitu daripada RM2.14 bilion kepada RM2.47 bilion sementara nilai eksport kayu bergergaji telah bertambah sebanyak RM42 juta iaitu daripada RM553 juta kepada 595 juta dalam tahun 2017,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjung Batu) Awang Tengah memberitah­u bahawa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) melaksanak­an pelan jangka panjang strategik atau dikenali Pelan Transforma­si Insdustri Kayu (20152030).

Jelasnya, pelan itu bagi mentransfo­rmasikan struktur industri perkayuan di negeri ini antaranya mewujudkan pusat dagangan perkayuan melibatkan pembanguna­n produk perabot.

Berhubung isu pelepasan barang rampasan di Kelawit, Bintulu, Awang Tengah enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia kini di bawahsiasa­tanSuruhan­jayaPenceg­ahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kementeria­n saya dan agensi yang berkaitan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dilakukan dengan adil dan menyeluruh,” tegasnya.

“Lima pasaran utama bagi produk perkayuan Sarawak terdiri daripada Jepun, India, Korea, Timur Tengah dan Taiwan yang menyumbang jumlah ” eksport sebanyak RM3.76 bilion. DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia