Utusan Borneo (Sabah)

Kecurian papan belian jeti berleluasa

-

SIBU: Kejadian kecurian papan belian di jeti-jeti di rumah panjang di kawasan Bawang Assan semakin menjadi-jadi sejak kebelakang­an ini. Kejadian terbaharu berlaku membabitka­n jeti Rumah Abell Mang, Bawang Assan disedari berlaku oleh penduduk rumah panjang pada 10 November lepas.

Menurut Tuai Rumah Abell, ini kali kedua papan belian di jeti rumah panjang dicuri dan kejadian pertama disedari berlaku pada 3 November.

“Ini kali kedua papan belian di jeti ini dicuri oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya kepada pemberita, pada Khamis.

Abell berkata, jeti itu terletak di tebing Batang Lebaan serta tidak jauh dari rumah panjang, tidak hanya digunakan oleh penduduk rumah panjang sahaja.

“Sebaliknya jeti ini turut digunakan oleh para pelajar yang datang dari Passin dan Lassa, menggunaka­n bot ekspres untuk ke sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bawang Assan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan,” jelasnya.

Difahamkan lebih 20 keping papan belian pelbagai saiz dan panjang di jeti itu hilang, dipercayai dicuri.

“Buat masa ini, kita masih belum membuat laporan polis,” ujarnya sambil mencadangk­an projek membina jeti baharu pada masa akan datang menggunaka­n konkrit.

Selain papan belian di jeti Rumah Abell, turut dicuri ialah papan belian di jambatan kayu lama yang menyeberan­gi Sungai Bawang Assan.

Kejadian kecurian kayu belian juga dikatakan berlaku di jeti Rumah Changkul, Sungai Tebelian dan Rumah Dangol, Tanjung Bekakap.

 ??  ?? PAPAN belian yang dijadikan lantai jeti di Rumah Abell hilang dipercayai dicuri oleh pihak tertentu.
PAPAN belian yang dijadikan lantai jeti di Rumah Abell hilang dipercayai dicuri oleh pihak tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia