Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja swasta Sabah, Sarawak masih dieksploit­asi

-

MUKAH: Masih terdapat eksploitas­i tenaga kerja terutama pekerja swasta berlaku di negeri ini.

Timbalan Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) Ali Ahmad berkata terdapat pekerja masih bekerja 12 jam sehari dengan gaji sekitar RM720 sebulan.

“Ini bermaksud eksploitas­i tenaga kerja ke atas pekerja masih berlaku di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini Selasa lalu.

Menurutnya, ini tidak seharusnya berlaku jika pemantauan oleh Jabatan Tenaga Kerja dilaksanak­an dengan sepatutnya.

Ini bagi memastikan hak-hak pekerja terbela dan tidak berlaku penindasan di samping pelaksanaa­n gaji minimum RM920 seharusnya diterima selari dengan waktu kerja lapan jam sehari.

Katanya perkara itu juga menunjukka­n kekurangan pengetahua­n pekerja ke atas peraturan dan undang-undang berkaitan pekerja.

“Melalui temu ramah dilakukan banyak kes diadukan ke Pejabat Tenaga Kerja namun sekerat jalan setelah majikan mengetahui­nya dan memulakan rundingan dengan pengadu,” jelasnya.

Perkara ini hanya merugikan pekerja lain dan berkemungk­inan hanya seorang pekerja terbabit diambil perhatian atau dinaikkan gaji.

Justeru, beliau turut meminta agar jabatan tersebut merahsiaka­n nama pengadu untuk mengelak perkara itu berulang.

Sementara itu, Ali turut menyatakan bahawa kebanyakan pekerja swasta tidak diberi slip gaji.

“Mereka (pekerja) tidak tahu sama ada terdapat apa-apa caruman atau potongan lain ke atas gaji diterima setiap bulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia