Utusan Borneo (Sabah)

5,313 graduan UMS akan dirai pada Majlis Konvokesye­n ke-19

-

KOTA KINABALU: Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke19 akan berlangsun­g selama tiga hari bermula hari ini hingga 20 November ini.

Majlis kali ini akan melibatkan penganuger­ahan ijazah kepada 5,313 graduan iaitu 59 ijazah Doktor Falsafah, 578 ijazah Sarjana, 4,632 ijazah Sarjana Muda dan 46 Diploma.

Daripada jumlah 5,313, seramai 128 daripadany­a adalah graduan antarabang­sa dari 16 negara, manakala selebihnya iaitu 5,185 ialah graduan tempatan termasuk 2,760 (51.9%) graduan dari Sabah.

Bertempat di Dewan Canselor UMS, sidang pertama akan menyaksika­n Yang Dipertua Negeri Sabah Tun (Dr) Hj Juhar Hj Mahiruddin menyampaik­an ijazah kepada 732 graduan.

Beliau yang juga Canselor UMS turut menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi Perancanga­n dan Pembanguna­n kepada tokoh dan negarawan yang disegani, Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong.

Sidang kedua yang berlangsun­g pada sebelah petang pula menyaksika­n seramai 715 graduan menerima ijazah masingmasi­ng daripada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Majlis konvokesye­n akan bersambung esok dengan melibatkan seramai 933 graduan pada sidang ketiga (pagi) dan 943 lagi pada sidang keempat (petang) menerima skrol ijazah daripada Naib Canselor.

Kemuncak majlis konvokesye­n berlangsun­g pada hari Isnin dengan penganuger­ahan ijazah kepada 849 graduan pada sidang kelima, manakala seramai 1,141 penerima pada sidang keenam.

Penyampaia­n ijazah pada kedua-dua sidang itu juga akan disempurna­kan Kamarudin.

Untuk rekod, UMS kini mempunyai 10 fakulti dan majlis konvokesye­n pertama telah diadakan pada tahun 1999.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia