Utusan Borneo (Sabah)

SK Kepangian juara keseluruha­n

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Selatan kali ke-37 sesi 2018

- Oleh JAINUDIN NASIR pemenang menerima hadiah disampaika­n Amisah. kanan; Nur Aqilah Basiyrah, Syafwan dan Nur Iwani meraikan kejayaan 2017.

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kepangian muncul juara keseluruha­n Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Selatan kali ke-37 sesi 2018 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini.

SK. Kepangian meraih 5 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa, meletakkan MSS SK. Maukab dengan 2 emas, 5 perak dan 2 gangsa naib johan.

Tempat ketiga disandang oleh SK. Randagong dengan pungutan 2 emas, 5 perak dan 1 gangsa mengetepik­an lapan sekolah lain di zon itu yang mengambil bahagian.

Sekolah-sekolah lain mengambil bahagian ialah SK. Nampasan (2e), SK. Tungou (1e, 2p, 1g), SK.Kemburongo­h (1e, 1p, 2g), SK.Kinirasan (1e, 1p, 1g), SK. Karanaan (1e, 3g), SK. Longut (1e), SK.GanaGana (1g) dan SK. Tiang meraih 1 pingat gangsa.

Dalam pada itu Muhammad Irfan Hadwan Yussiri dari SK. Randagong dan Nolaseka Kipolos dari SK. Kepangian masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti kejohanan.

Majlis perasmian penangguha­n telah disempurna­kan oleh Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, dihadiri guru-guru besar, guru-guru, para ibu bapa dan murid-murid Zon Selatan.

Turut disampaika­n ialah Anugerah Khas MSS Zon Selatan kepada tiga orang atlet yang pernah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun ini

(2017) iaitu kepada Nur

Aqilah Basyirah Japius

ANTARA

(catur bawah 12 tahun), Syafwan Syahmie Rohinin (bola tampar bawah 12 tahun) dan Nur Iwani Nafijah Yussiri bagi acara 80 meter lompat pagar bawah 12 tahun. Hadir sama ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) N.30 Karanaan Haji Jahidin Lumat dan Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Saimun Jaimin. Amisah dalam ucapannya memuji keprihatin­an dan kepimpinan sekolah-sekolah Zon Selatan kerana berjaya menganjurk­an kejohanan itu setiap tahun dengan lancar.

Menurutnya, kejayaan bersama menganjurk­an kejohanan ini merupakan satu usaha positif bersepadu mempamerka­n keupayaan dan kemampuan sebenar dalam usaha meraih gelaran di peringkat MSS daerah kelak.

“Kejohanan sukan merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaa­n sukan mensasarka­n kalangan pelajar sekolah bagi memperleng­kapkan diri mereka dalam kecemerlan­gan sistem pendidikan.

Katanya, ianya sekaligus melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik daripada segi, jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sahsiah diri ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia yang sihat fizikal, cerdas minda, kompetetif, kreatif dan inovatif.

Beliau memuji keupayaan guru-guru, para ibu bapa dan pelajar seluruh Zon Selatan,

menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang kejohanan.

kerana walaupun Sekolah Kurang Murid (SKM) dan di kawasan pedalam, namun mampu melonjakka­n kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulu­m setanding dengan sekolah-sekolah di bandar.

 ??  ??
 ??  ?? SAIMUN
SAIMUN
 ??  ?? DARI
DARI
 ??  ??
 ??  ?? AMISAH (kanan) bersama Masni, menyampaik­an hadiah juara keseluruha­n berupa Piala Pusingan dan Sijil Penghargaa­n kepada Guru Besar SK. Kepangian Hambrus Haji Abd. Kadir.
AMISAH (kanan) bersama Masni, menyampaik­an hadiah juara keseluruha­n berupa Piala Pusingan dan Sijil Penghargaa­n kepada Guru Besar SK. Kepangian Hambrus Haji Abd. Kadir.
 ??  ?? AMISAH (tiga kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Masni, disaksikan Jahidin, Saimun dan guru-guru besar Zon Selatan.
AMISAH (tiga kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Masni, disaksikan Jahidin, Saimun dan guru-guru besar Zon Selatan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kontinjen MSS. SK. Kepangian merakam gambar bersama Hambrus (kiri) dan guru mereka.
SEBAHAGIAN kontinjen MSS. SK. Kepangian merakam gambar bersama Hambrus (kiri) dan guru mereka.
 ??  ?? MOHD. Irfan dan Nolaseka Olahragawa­n dan Olahragawa­ti kejohanan.
MOHD. Irfan dan Nolaseka Olahragawa­n dan Olahragawa­ti kejohanan.
 ??  ?? ANTARA kontinjen sekolah-sekolah Zon Selatan yang mengambil bahagian.
ANTARA kontinjen sekolah-sekolah Zon Selatan yang mengambil bahagian.
 ??  ?? KETIBAAN Amisah, Jahidin dan Saimun disambut mesra oleh guru-guru besar Zon Selatan.
KETIBAAN Amisah, Jahidin dan Saimun disambut mesra oleh guru-guru besar Zon Selatan.
 ??  ?? SK.MAUKAB merakam gambar kenangan selepas kejohanan.
SK.MAUKAB merakam gambar kenangan selepas kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia