Utusan Borneo (Sabah)

Pemain dilatih sebelum diuji

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemain tempatan diberi ruang sebaiknya agar ada peluang seimbang menyarung jersi skuad senior Sabah musim depan.

Sebab itu, pemainpema­in tempatan yang telah dikenalpas­ti dan telah atau akan dipanggil, akan menjalani latihan bersama pasukan sebelum diuji.

“Kita bagi mereka berlatih bersama pasukan terlebih dahulu supaya dapat sesuaikan diri dengan keperluan pasukan termasukla­h dari segi kecergasan.

“Ini akan memberi mereka ruang dan peluang lebih seimbang untuk menyarung jersi Sabah semasa ujian akhir nanti termasuk menerusi perlawanan persahabat­an,” kata ketua jurulatih, Jelius Ating (gambar) ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Hanya kira-kira dua minggu saingan musim lalu selesai penghujung bulan lalu, skuad Sabah kembali ke padang latihan.

“Setakat ini, 25 pemain menjalani latihan yang terdiri daripada pemain sedia ada dan beberapa pemain dari skuad junior serta beberapa pemain tempatan yang telah dikenalpas­ti awal,” katanya.

Salah seorang pemain import dari Korea, Heo Jaenyong juga sudah bersama pasukan manakala rakannya, Lee Gil Hoon dikatakan tidak dapat bersama kerana sedang mengikuti kursus kejurulati­han di Pulau Pinang.

Dua lagi pemain import Sabah musim lalu iaitu Rodoljub Paunovic dari Serbia dan Francis Kasonde (Zambia) pula telah tamat kontrak.

Rahman Shah Marajeh, Saliun Mastar dan Radzi Mohd Hussin juga pemain musim lalu yang belum dapat menjalani latihan kerana masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kaki.

“Jumlah pemain menjalani latihan akan bertambah bermula Isnin depan dengan kehadiran pemain yang kita telah kenalpasti dari skuad junior, kelab tempatan Sabah dan bekas pemain Sabah yang beraksi dengan kelab lain musim lalu.

“Saya harap dapat buat keputusan mengenai pemain tempatan ini pada awal bulan depan selepas perlawanan persahabat­an dengan pasukan dari Indonesia di sini awal bulan depan,” katanya.

Jelius berkata, pengambila­n pemain import tempatan hanya akan dibuat berdasarka­n keperluan pasukan dan sekiranya ia tidak dapat diisi pemain tempatan Sabah.

“Kami sudah ada menerima banyak panggilan dan permohonan pemain dari Semenanjun­g tetapi tumpuan kita buat masa ini adalah kepada pemain tempatan Sabah,” katanya.

Sebagai rekod, Sabah menamatkan saingan musim lalu di tempat ketujuh di kalangan 12 pasukan Liga Premier selepas mengumpul 30 mata dari 22 perlawanan dengan rekod sembilan menang, tiga seri dan 10 kalah.

Jelius yang sebelumnya ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun bagaimanap­un hanya dipikulkan tugas ketua jurulatih skuad senior Sabah bermula pada perlawanan kesembilan liga menggantik­an pengendali sebelumnya, Steve Vilmiaire.

Empat belas perlawanan di bawah Jelius menyaksika­n Sabah mencatat lapan menang, dua seri dan empat kalah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia