Utusan Borneo (Sabah)

Dua ‘Madrid’ berentap malam ini

Real, Atletico dihantui prestasi buruk pada awal musim

-

MADRID: Biasa dengan kejayaan yang tidak putusputus sejak beberapa musim lepas, Real Madrid dan Atletico Madrid bermain dalam perlawanan tetangga ibu kota Sepanyol buat julung kalinya pada malam ini (Sabtu) di stadium baharu Atletico, Wanda Metropolit­ano, dengan sedikit ruang untuk kesilapan.

Masalah pada awal musim telah meninggalk­an keduadua kelab lapan mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona dan empat mata di belakang di belakang Valencia yang mendapat suntikan semangat semula.

Finalis dua kali dalam empat musim lepas, Atletico juga bakal dimalukan oleh penyingkir­an pada peringkat kumpulan dalam Liga Juara-Juara, manakala Real turut mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh lima tahun pada peringkat kumpulan dalam Liga Juara-Juara, manakala Real turut mengalami kekalahan pertama mereka pada peringkat kumpulan dalam tempoh lima tahun kepada Tottenham Hotspur pada awal bulan ini, tetapi mereka dijangka akan mara juga ke per- ingkat 16 terakhir.

Sebab utama bagi kejatuhan kedua-dua kelab dari Madrid itu adalah prestasi buruk yang dipamerkan oleh sumber gol mereka yang biasanya boleh diharapkan, iaitu Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann.

Kedua-dua penyerang bersaing dengan satu sama lain untuk anugerah Ballon d’Or pada tahun lepas setelah Real dan Portugal yang diwakili Ronaldo menewaskan Atletico dan Perancis yang diwakili Griezmann masingmasi­ng dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Euro 2016.

Bagaimanap­un, Ronaldo menjaringk­an hanya satu gol sahaja dalam tujuh penampilan La Liga setakat ini pada musim ini walaupun melakukan 48 rembatan ke arah gol.

“Ia bukan kesalahan saya jika bola enggan masuk,” kata Ronaldo kepada akhbar sukan Perancis L’Equipe kelmarin.

“Orang melihat saya umpama jentera gol, seperti seseorang yang mesti menjaringk­an gol sepanjang masa.”

Bagaimanap­un kegelisaha­n Ronaldo di atas padang telah dicerminka­n oleh ketegangan yang semakin meningkat di luar padang di mana akhbar sukan harian di Madrid, Marca, semakin kerap melaporkan tentang hubunganny­a yang tegang dengan kapten Real Sergio Ramos pada minggu ini.

Selepas kekalahan 3-1 di Wembley kepada Spurs, Ronaldo mengakui skuad Madrid yang memenangi kejuaraan berganda La Liga dan Liga Juara-Juara yang pertama dalam tempoh 59 tahun pada musim lepas telah dilemahkan oleh pemergian Alvaro Morata, Pepe dan James Rodriguez antara lain. Ramos kemudian menggambar­kan kenyataan itu sebagai “oportunist­ik”.

Komitmen Griezmann juga dipersoalk­an walaupun pemain Perancis itu menolak penghijrah­an dari Sepanyol untuk menandatan­gani kontrak baharu bersama Atletico hanya lima bulan lalu.

“Sesiapa sahaja yang tidak mahu berada di sini harus pergi,” kata pemain tengah Atletico Koke kelmarin.

Kepulangan Koke selepas sebulan tidak bermain kerana kecederaan sekurangku­rangnya dapat menyuntik semula sedikit kreativiti ke dalam pasukan Atletico yang amat memerlukan dorongan.

Griezmann tidak menjaringk­an gol dalam tujuh perlawanan terakhir Atletico dan malah digantikan oleh Diego Simeone sebelum jaringan Thomas Partey dalam masa kecederaan mencatatka­n kemenangan 1-0 di Deportivo la Coruna dua minggu lalu.

“Berbanding tahun-tahun sebelum ini, ia adalah berlainan,” akui Griezmann.

“Kita ada stadium baharu, kita sukar menjaringk­an gol dan memenangi perlawanan. Di bahagian belakang kami bagus, kami hanya memerlukan nasib baik sedikit di hadapan.”

Penyesuaia­n Atletico yang lambat kepada Wanda Metropolit­ano yang dapat menampung 68,000 penonton turut memainkan peranan dalam kesusahan mereka kerana anak buah Simeone telah gagal untuk mencatatka­n sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka di stadium

sendiri dalam semua pertanding­an.

Selain kepulangan Koke, Yannick Carrasco sudah cergas semula untuk Atletico.

Real sebaliknya masih dibelenggu kecederaan dan Gareth Bale disahkan tidak dapat bermain selama sebulan lagi manakala tanda tanya wujud mengenai Isco, Dani Carvajal, Keylor Navas dan Mateo Kovacic.

Barcelona turut beraksi di Madrid pada malam ini dan boleh melebarkan kelebihan tujuh mata di tempat teratas apabila mereka bertandang ke Leganes.

Valencia pasti mahu mengekalka­n cabaran dan meneruskan rekod kelab bagi tujuh kemenangan berturut-turut dalam La Liga menjelang perlawanan bahagian teratas liga menentang Barca pada hujung minggu depan apabila mereka bertandang ke Espanyol esok

(Ahad). – AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia