Utusan Borneo (Sabah)

Kerak nasi, terasi goreng antara makanan tradisi etnik Cocos digemari ramai

Antara makanan tradisi etnik Cocos digemari ramai

- Malissa yang menjadi kekuatanny­a mencari rezeki.

SETIBA di kediaman Annie Malissa Jangat, 30, semerbak bau terasi atau belacan digoreng menggamit deria bau, seolah-olah memanggil untuk segera dijamah.

Namun perlu menahan diri kerana jurufoto perlu merakamkan dulu hidangan terasi goreng bersama kerak nasi, ayam ros beserta dua jenis sambal cicah atau sambal colet dalam bahasa Cocos.

Kagum dengan anak muda ini yang masih berpendiri­an untuk komersilka­n makanan tradisi etnik Cocos, walaupun kini pelbagai pilihan menu hipster tercipta bagi memenangi hati pelanggan.

Mula berniaga hampir dua tahun yang lalu, Malissa berterima kasih kepada ibunya yang menggalakk­an dia memasak di rumah sewaktu zaman persekolah­an hingga dia tidak kekok untuk berniaga makanan.

“Tidak timbul soal untuk cuba-cuba masak dan hasilkan makanan tradisi ini sebab memang saya sudah biasa masak menu itu, hanya perlu yakin sahaja makanan ini dapat diterima oleh lidah bangsa lain.

“Mula-mula dulu, saya suka simpan nasi putih yang sudah dijemur dan buat cengkarok, iaitu kerak yang digoreng dan promosi pada kawan-kawan di Facebook.

“Kemudian bila sambutan agak baik, saya buat pula terasi goreng dan ikan berengkes dan tidak sangka permintaan sangat menggalakk­an,” kata Malissa yang memulakan perniagaan hasil nafkah yang diberikan oleh suami.

Bermula dengan hanya satu periuk sahaja, kini dia perlu menambah satu lagi periuk untuk memanggang kerak bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Memandangk­an dia tinggal di rumah flat, maka dia hanya dapat memanggang menggunaka­n dapur gas berbanding kayu api secara tradisi yang sering diamalkan di kampungnya iaitu Kampung Balung Cocos, Tawau.

“Kos membuat kerak memang agak tinggi, sebulan saya gunakan hingga dua tong gas untuk memanggang. Untuk satu bekas berharga RM7 yang saya jual bersamaan tiga periuk kerak.

“Saya belum dapat memikirkan idea yang sesuai untuk mengurangk­an kos ini, jadi setakat ini hanya gunakan cara moden saja, tapi saya masih dapat meletakkan harga yang berbaloi untuk dibeli,” katanya yang mengimpika­n untuk membesarka­n lagi perniagaan­nya.

Selain kerak nasi dan cengkarok, Malissa juga menjual makanan tradisi lain yang sesuai dimakan dengan kerak seperti serunding ikan, terasi goreng dan ikan brengkes.

Jualannya juga sudah dinikmati hingga ke Sarawak dan Semenanjun­g, dan mendapat permintaan juga hingga ke Australia dan London, namun dia sering mengingatk­an pelanggann­ya bahawa nilai kos penghantar­an ada kalanya lebih tinggi daripada nilai makanan yang ditempah.

Rutin harian Malissa setiap hari adalah bangun awal sebelum azan subuh berkumanda­ng, kemas rumah dan siapkan dua orang anaknya sebelum mula menyiapkan tempahan pelanggan.

Anak pertama Malissa yang berusia lima tahun menghidap microsefal­i iaitu keadaan kepala dan ruang otak yang kecil dan dan glocoma iaitu tidak dapat melihat.

Namun begitu, penjagaann­ya tidak cerewet, hanya perlu dimandi dan diberikan bubur, dan kemudian dia akan berehat serta tidur manakala anak kedua Malissa lahir normal dan bijak bermain sendiri.

“Apa yang merisaukan saya, hanya apabila anak pertama diserang sawan kerana saya perlu segera menenangka­n dirinya, mujur seorang ustaz pernah memberikan petua.

“Kata ustaz, amalkan madu asli dan suapkan sedikit di mulut anak, dan bila madu itu terasa di tekaknya, dia akan berasa tenang,” jelasnya yang tidak perlu bekejar ke hospital sejak mengamalka­n petua itu.

Mujur juga pekerjaan suaminya, Ryan R Porle, 32, sebagai juru ukur kontrak tidak begitu padat dan dapat meluangkan

“Selain banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dan agensinya, Pecos juga sudah menubuhkan dan mendaftar Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cocos Sabah pada 2016 untuk membantu usahawan Cocos yang ” memerlukan bantuan. DATUK LIGHT NANIS Pengerusi Persatuan Cocos (Pecos) Cawangan Kota Kinabalu

masa membantu Malissa menjaga anak ketika dia sibuk menyiapkan tempahan.

Menurut Malissa, mereka suami isteri mendapat tahu mengenai penyakit yang menimpa anak pertama sejak dalam kandungan lagi, namun mereka masih ingin menjaganya.

“Kata doktor, penyakit ini ialah penyakit genetik memandangk­an nenek kami adalah adik-beradik dan kami dikahwinka­n atas pilihan keluarga.

“Dalam tempoh lima tahun, empat bulan sekali kami berulang ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas agar dia dapat menerima rawatan untuk saraf, mata, gigi, terapi dan tulang secara percuma.

“Perbelanja­an kami hanya untuk makan dan pakaiannya saja, jadi dia memang tidak pernah membebanka­n kami,” ujar Malissa yang layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun.

Anaknya juga mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat malahan dengan simpanan daripada bantuan yang diterima, mereka jadikan wang pendahulua­n untuk menduduki rumah baharu nanti.

Menurut Malissa, dengan menumpang rezeki anaknya, dia dan keluarga bakal berpindah pada hujung November ini kerana layak dalam permohonan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) yang terletak di Kinarut.

Sementara itu, pelanggan setia kerak, Norliah Saleh, 41, mengagumi Malissa yang mahir memasak dan tetap bersemanga­t untuk komersilka­n menu tradisi sedangkan peniaga lain berlumba-lumba mencipta menu baharu.

“Malissa juga banyak membantu perantau seperti kami untuk tidak melupakan rasa makanan tradisi walaupun sudah jarang balik ke kampung di Sabah selepas pemergian orang tua.

“Makanan tradisi sebegini agak susah didapati, kalau tiada generasi pelapis yang buat, lama-kelamaan boleh tenggelam dan mungkin dilupakan.

“Saya sendiri berbangsa Tidung dan berkahwin dengan bangsa Cocos, tetapi menggemari kudapan ini hingga sering menempah daripada Malissa walaupun kos penghantar­an ke sini agak mahal,” katanya ketika dihubungi di Shah Alam.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Cocos (Pecos) Cawangan Kota Kinabalu Datuk Light Nanis berkata banyak makanan Cocos yang boleh dikomersil­kan serta tahan lama dan sering dijadikan gayaman atau kudapan warga terdahulu ketika ingin pergi memancing atau bekerja di ladang sawit.

”Usaha Malissa harus disokong supaya makanan Cocos tidak akan hilang memandangk­an ia sudah mendapat sambutan ramai masyarakat Cocos sendiri dan bangsa lain.

“Selain banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dan agensinya, Pecos juga sudah menubuhkan dan mendaftar Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cocos Sabah pada 2016 untuk membantu usahawan Cocos yang memerlukan bantuan,” katanya.

Tambahnya, bangsa Cocos bertuah kerana mempunyai aset berupa tanah dan rumah perkampung­an skim serta syarikat kerjasama yang dipelopori oleh generasi pertama dari Kepulauan Cocos.

“Mereka sudah mempunyai asas yang kukuh dari segi ekonomi, hanya perlu tambah nilai hasil tanaman untuk dijadikan produk. Kekuatan kita kerana mampu mengurus dan mentadbir organisasi dan syarikat dengan jayanya.

“Generasi kedua pula yang mempunyai pelajaran dan ijazah mempunyai peluang untuk bekerja dan menjadi usahawan.

“Generasi ketiga dan seterusnya hendaklah dijurus untuk mendapatka­n latihan teknikal dan kemahiran untuk memenuhi keperluan industri.

“Sudah banyak usahawan Cocos yang berjaya hari ini berniaga makanan tradisi lain seperti puding Cocos dan kerepek di Kunak dan Lahad Datu serta produk sabun dan kosmetik di Kota Kinabalu,” jelasnya.

Pecos juga sudah diwujudkan di tiga permukiman iaitu di Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau utuk memudahkan ahlinya merancang aktiviti dan bermusyawa­rah. - Artikel sumbangan Jabatan Penerangan

 ??  ?? ANAK-anak
ANAK-anak
 ??  ?? NORLIAH
NORLIAH
 ??  ?? RYAN (kiri) sentiasa menyokong dan meluangkan masa membantu Malissa (kanan) menjaga anak-anak mereka.
RYAN (kiri) sentiasa menyokong dan meluangkan masa membantu Malissa (kanan) menjaga anak-anak mereka.
 ??  ?? MENU jualan Malissa (dari kiri) ikan brengkes, terasi goreng, ayam ros bersama sambal colet, sayur rebus beserta kerak dan cengkarok.
MENU jualan Malissa (dari kiri) ikan brengkes, terasi goreng, ayam ros bersama sambal colet, sayur rebus beserta kerak dan cengkarok.
 ??  ?? MERAKAMKAN kenangan di ruang tamu sebelum berpindah di rumah baharu pada hujung bulan ini.
MERAKAMKAN kenangan di ruang tamu sebelum berpindah di rumah baharu pada hujung bulan ini.
 ??  ?? KERAK nasi yang sedang dipanggang di atas api ditunggu hingga berwarna keemasan sebelum diletakkan ke dalam bekas.
KERAK nasi yang sedang dipanggang di atas api ditunggu hingga berwarna keemasan sebelum diletakkan ke dalam bekas.
 ??  ?? TERASI goreng yang semerbak baunya sesuai dimakan bersama kerak atau nasi panas.
TERASI goreng yang semerbak baunya sesuai dimakan bersama kerak atau nasi panas.
 ??  ?? KERAK nasi yang sudah siap untuk dijual kepada pelanggan.
KERAK nasi yang sudah siap untuk dijual kepada pelanggan.
 ??  ?? MALISSA menunjukka­n cara memasak ikan brengkes.
MALISSA menunjukka­n cara memasak ikan brengkes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia