Utusan Borneo (Sabah)

Wujud semula Sistem Penggilira­n Ketua Menteri

- Oleh SURAIDAH

PENAMPANG: Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) mencadangk­an Sistem Penggilira­n Ketua Menteri diwujudkan semula pada masa akan datang.

Ketua Pemuda PBS Christophe­r Mandut berkata sistem penggilira­n itu akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin parti komponen BN menjadi Ketua Menteri secara bergilir.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Persidanga­n Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS, di sini pada Jumaat.

Mengenai senario politik semasa, Christophe­r berkata mereka kini berdepan cabaran kerana pengundi muda masa kini lebih berpendidi­kan serta bijak membanding­kan pencapaian dan amalan politik di Malaysia dengan negara lain.

“Melihat landskap politik tanahair kini sudah berubah, kaedah berpolitik masa kini menuntut kita bergerak sepanjang masa kerana survival kita bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya.

Beliau berkata dalam meletakkan calon, pergerakan Pemuda berharap lebih ramai calon Pemuda diberi peluang dalam PRU akan datang.

“Kami berharap pemilihan calon dibuat berdasarka­n ‘winnable candidate’. Diharap tiada lagi calon yang dipilih atas dasar simpati mahupun kenalan rapat. Calon yang dipilih perlu berdasarka­n merit dan keupayaan sebenar.

“Saya yakin ada dalam kalangan Pemuda yang sudah bersedia menggalas tanggungja­wab lebih besar.

“Dalam persekitar­an politik yang mencabar ini, kita mesti menang atas kehebatan diri sendiri dan bukan atas kekurangan musuh,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan PBS terus relevan dan wajar dikekalkan, pemimpin yang tidak relevan dan menjadi libiliti patut direhatkan.

Menyentuh tentang Perjanjian Malaysia 1963, Christophe­r mencadangk­an agar satu Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengenalpa­sti tahap keberkesan­an pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963.

Isu yang perlu dikaji melibatkan Borneosasi perkhidmat­an awam dan bilangan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Suruhanjay­a Cobbold. Peruntukan kerusi keduadua negeri ini seharusnya 1/3 daripada jumlah kerusi Parlimen seluruh Malaysia.

Berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Pemuda PBS kekal dengan pendirian membantah pelaksanaa­n GST. Diharap kerajaan akan mengkaji semula kadar GST sedia ada.

Sementara itu, berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Pemuda memohon agar isu itu didedahkan kepada rakyat. Ia kerana, generasi Y hari ini mahu isu sedemikian diberi pendedahan kepada umum.

ROSLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia