Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan perlu lebih banyak projek pembanguna­n

-

LABUAN: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias mahu komuniti nelayan di Wilayah Persekutua­n Labuan diberi lebih banyak projek pembanguna­n bagi meningkatk­an pendapatan mereka.

Ia kerana katanya, Labuan sebuah pulau yang dikeliling­i oleh laut yang kaya dengan sumber marin di samping pendudukny­a banyak bergantung kepada laut sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga.

“Saya menyeru agar Jabatan Perikanan Labuan melalui Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani memberikan lebih banyak projek pembanguna­n yang dapat meningkatk­an sosio ekonomi dan kesejahter­aan komuniti sasaran,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pengukuhan Komuniti Perikanan dan Penyerahan Bantuan ‘Touch Point’ serta Lafaz Ikrar Bebas Rasuah anjuran Jabatan Perikanan Labuan di Auditorium Halal Hab, Kiamsam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Wilayah Persekutua­n Labuan Faizal Ibrahim Suhaili, Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutua­n Labuan Timbalan Pesuruhjay­a Abdulamin Abdillah, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Yusof Dahlan dan Ketua Komuniti Nelayan Wilayah Persekutua­n Labuan Abdul Samat Maidin.

Bashir yang juga pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berkata, Jabatan Perikanan Labuan telah merekodkan jumlah pendaratan ikan sepanjang tahun 2016 sebanyak 20,985 metrik tan iaitu peningkata­n sebanyak 2,478.13 metrik tan berbanding 2015 iaitu sebanyak 11.80 peratus.

Manakala bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, Jabatan Perikanan Labuan berjaya mendaratka­n ikan marin sebanyak 14,331.32 metrik tan dengan nilai borong RM71,656.60.

“Trend penangkapa­n ikan 2015-2016 meningkat disebabkan pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada trend normal turun naik pendaratan ikan marin yang terdapat di wilayah,” katanya.

Bashir menasihatk­an nelayan untuk menjadi mata dan telinga bukan sahaja dalam membantu kerajaan membantera­s gelaja rasuah tetapi juga berganding bahu untuk mengawal perairan negara daripada diceroboh oleh nelayan asing di samping pelakuan nelayan tempatan yang boleh memusnahka­n sumber perikanan seperti penggunaan bom ikan dan racun Sianida untuk menangkap ikan.

Pada majlis itu, seramai 74 ahli Komuniti Nelayan turut melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Pengarah Abdulamain yang disaksikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias dan Faizal.

Ahli komuniti nelayan terbabit turut menerima peralatan nelayan seperti lampu isyarat, beg dan jaket keselamata­n.

 ??  ?? BASHIR (tengah) menyaksika­n penyerahan dokumen IBR daripada Ketua Komuniti Nelayan Abdul Samat (dua kanan) kepada Abdulamin sambil diperhati Faizal (kanan).
BASHIR (tengah) menyaksika­n penyerahan dokumen IBR daripada Ketua Komuniti Nelayan Abdul Samat (dua kanan) kepada Abdulamin sambil diperhati Faizal (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia