Utusan Borneo (Sabah)

SK Kerupang lahir ramai tokoh berwibawa

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan­Kerupang(SKK) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Kerupang merupakan salah sebuah sekolah yang tertua dan telah berjaya melahirkan ramai tokoh berwibawa dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 7 Sukimin Wakiman berkata, antara tokoh yang berjaya dihasilkan oleh SK Kerupang termasukla­h mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

“Inilah tokoh kepimpinan yang berjaya dilahirkan oleh SK Kerupang yang perlu diingati semula bagi membangkit­kan lagi semangat warga sekolah dalam memacu kecemerlan­gan dan kejayaan yang membanggak­an pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Kerupang 2017 di Dewan Anjung Budaya Perbadanan Labuan KampungLay­ang-Layangan, baru-baru ini.

Guru Besar SK Kerupang Abdul Rizal Abdul Rahim dan Yang Dipertua PIBG SK Kerupang Nik Ubaidillah Nik Hishamudin turut menghadiri majlis itu.

Sukimin turut melahirkan keyakinan bahawa SK Kerupang akan terus melakar sejarah untuk melahirkan lebih ramai murid yang berketramp­ilan dan berilmu di peringkat awal lagi sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagaimanap­un katanya, usaha untuk melahirkan murid yang cemerlang perlu dilakukan secara bersepadu dan bersungguh-sungguh bagi memastikan murid SK Kerupang mampu menjadi insan yang disegani yang akhirnya dapat menyumbang kepada kejayaan Wilayah Persekutua­n Labuan dan negara.

Beliau percaya Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Kerupangad­alahselari­dengan matlamat memberi dorongan dan motivasi kepada murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

Sukimin turut mengucapka­n syabas kepada warga SK Kerupang yang berjaya menganjurk­an Hari Anugerah Cemerlang dan ia sekali gus membuktika­n guru dan juga ibu bapa sama-sama bekerjasam­a sebagai satu pasukan bagi memastikan sekolah ini terus cemerlang.

Pada majlis itu, murid Tahun Enam Qistina Alya Sulaiman dinobatkan sebagai Tokoh Murid SK Kerupang 2017.

 ??  ?? SUKIMIN menyampaik­an anugerah Tokoh Murid SK Kerupang 2017 Qistina Alya Sulaiman sambil diperhatik­an Abdul Rizal (empat kiri).
SUKIMIN menyampaik­an anugerah Tokoh Murid SK Kerupang 2017 Qistina Alya Sulaiman sambil diperhatik­an Abdul Rizal (empat kiri).
 ??  ?? SUKIMIN dan Abdul Rizal bergambar kenangan bersama murid cemerlang SK Kerupang.
SUKIMIN dan Abdul Rizal bergambar kenangan bersama murid cemerlang SK Kerupang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia