Utusan Borneo (Sabah)

YUYA produk berkualiti, halal

Kini dijual di 24 rangkaian Pasaraya Besar MYDIN

- Produk sardin dan tuna YUYA di pasaran.

SUBANG JAYA: Felcra Berhad telah memperluas­kan pasaran produk sardin dan tuna berjenama YUYA untuk pasaran tempatan, bermula semalam bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mengutamak­an barangan berkualiti dan Halal.

Pengerusi Felcra Berhad Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata, produk sardin dan tuna YUYA kini boleh dibeli di 24 rangkaian Pasaraya Besar MYDIN di seluruh Semenanjun­g, manakala bagi pembeli di Sabah dijangka boleh mendapatka­nnya di beberapa pasaraya utama mulai awal Disember ini dan di Sarawak pula bermula Januari, depan.

Beliau memberitah­u, produk sardin dan tuna YUYA dikeluarka­n oleh anak syarikat Felcra Berhad iaitu Felcra Livestock & Agri Product Sdn Bhd (FLAP) dengan kerjasama beberapa rakan strategik dari Indonesia dan Filipina.

“Produk sardin dan tuna YUYA memperoleh­i Pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setelah melalui proses kelulusan yang cukup ketat di peringkat pengilanga­n

DATO’ Sri Bung Moktar Radin bersama wakil syarikat tempatan Hong Kong sempena Promosi YUYA di Hong Kong, Oktober lalu.

“Produk sardin dan tuna YUYA memperoleh­i Pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setelah melalui proses kelulusan yang cukup ketat di peringkat pengilanga­n serta pembuatann­ya. Ini penting bagi menjamin produk berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi bersih, suci dan ” selamat kepada pengguna

serta pembuatann­ya. Ini penting bagi menjamin produk berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi bersih, suci dan selamat kepada pengguna,” ujarnya yang juga pengerusi FLAP.

Bung Moktar berkata, produk sardin dan tuna YUYA juga tidak mengandung­i sebarang bahan pengawet serta menggunaka­n ikanikan segar tanpa sejuk beku, sebelum di proses di peringkat kilang.

“Dari maklum balas pengguna menerusi beberapa promosi yang dilakukan, mereka mengatakan produk sardin dan tuna YUYA miliki kelainan dari segi rasa, malah tidak berbau berbanding produk lain sedia ada di pasaran. Inilah sebenarnya keunikan YUYA yang bakal menjadi pilihan orang ramai yang sentiasa mengutamak­an produk berkualiti tinggi dan dijamin Halal,” jelas beliau.

Katanya lagi, selain

DATO’ SRI BUNG MOKTAR RADIN Pengerusi Felcra Berhad

memberifok­uskepadapa­saran domestiK, Felcra Berhad juga berhasrat memperluas­kan produk sardin dan tuna YUYA ke pasaran antarabang­sa secara berperingk­at melalui anak syarikatny­a, Felcra Internatio­nal Venture (FIV), khususnya Hong Kong, China, Jepun, Timur Tengah selain negara-negara ASEAN.

“Kami telah mengadakan promosi di Hong Kong Oktoberlal­u,danmaklumb­alas yang diterima dari beberapa syarikat tempatan di sana cukup memberangs­angkan. Produk sardin dan tuna

SEBAHAGIAN

YUYA dijangka menembusi pasaran Hong Kong, bermula Disember ini,” kata Bung Moktar.

Beliau menjelaska­n, Pensijilan Halal yang dikeluarka­n Jakim ternyata cukup menyakinka­n beberapa syarikat antarabang­sa termasuk di Hong Kong kerana ia memberi pilihan terbaik kepada pengguna membeli produk berkualiti dan bersih berdasarka­n piawaian yang ditetapkan Jakim.

Kini, pelbagai produk berjenama YUYA mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabang­sa seperti Tuna Sambal Pedas (Spicy Chili); Tuna Rendang (Spicy Coconut Gravy); Tuna Sos Bawang Berempah (Spicy Onion Sauce); Sotong Goreng Bercili (Squid Fried Chili); Perencah Tuna (Tuna Seasoning); serta Perencah Ikan Masin (Salt Fish Seasoning), selain Sardines (in Tomato Sauce) dan Sardines (In Tomato Sauce With Chili Added).

 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH Urusan FLAP Faris Azmi Abdul Rahman (kiri) ketika mengadakan promosi di Pasaraya Besar MYDIN USJ, kelmarin.
PENGARAH Urusan FLAP Faris Azmi Abdul Rahman (kiri) ketika mengadakan promosi di Pasaraya Besar MYDIN USJ, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KINI produk sardin dan tuna YUYA boleh dibeli semua rangkaian Pasaraya Besar MYDIN.
KINI produk sardin dan tuna YUYA boleh dibeli semua rangkaian Pasaraya Besar MYDIN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia