Utusan Borneo (Sabah)

700 hadiri program Rimup di SK Fajar Harapan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 700 orang terdiri daripada ibu bapa serta murid dari enam sekolah telah menghadiri program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) yang diadakan bertempat di SK Fajar Harapan, Tungku, di sini pada Khamis.

Antara sekolah yang terlibat dalam menjayakan program yang julungkali diadakan itu ialah SK Cenderawas­ih, SK Tambisan, SK Lok Buani, SK Tanjong Labian dan SK Fajar Harapan.

Pengerusi PIBG SK Fajar Harapan Khairul Nizam ketika merasmikan program berkenaan menyatakan rasa gembira kerana program itu dapatmewuj­udkanperpa­duan di antara pelbagai kaum dan etnik Sabah.

Katanya, menerusi pengisian program, sudah tentu sebagai rakyat Malaysia mereka dapat hidup bersatu padu dan harmoni selain dapat memperkuku­hkan lagi jalinan silatulrah­im dalam kalangan guru, murid dan juga ibu bapa itu sendiri.

“Saya berharap agar program ini dapat mengekalka­n budaya suku kaum dan etik di Sabah lebihlebih lagi menerusi tarian, pakaian, nyanyian dan makan tradisiona­l. Selain itu aktiviti seperti ini juga sudah tentu dapat mengekalka­n budaya agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya.

Terdahulu, Guru Besar SK Fajar Harapan Saabi Hasin berterima kasih kepada PIBG sekolah itu kerana dapat melaksanak­an program seumpama itu dengan jayanya.

Beliau berharap agar program itu akan terus mendapat sambutan selain menarik lebih banyak lagi sekolah di Zon Tungku untuk mengambil bahagian.

“Objektif program adalah bagi menggalakk­an penyertaan guru dan muridmurid di sekolah-sekolah berdekatan­demimewuju­dkan sikap kerjasama dan saling tolong-menolong.

“Kita juga dapat mewujudkan persefaham­an dan toleransi di antara murid dan guru yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan berkongsi kemudahan, peralatan serta tenaga dan juga kepakaran menerusi dunia pendidikan,” katanya.

 ??  ?? SAABI menyampaik­an cenderahat­i kepada Khairul (kanan).
SAABI menyampaik­an cenderahat­i kepada Khairul (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia