Utusan Borneo (Sabah)

838.77 hektar kawasan sawah di Ranau masih diusahakan

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Petani sawah padi daerah ini masih mengusahak­an seluas 838.77 hektar sawah padi di daerah ini.

Sumber daripada Jabatan Pertanian Daerah Ranau merekodkan keluasan keseluruha­n tanah sawah padi di daerah ini adalah 2,053 hektar setakat 2016.

Keluasan itu kekal meskipun selepas berlaku gempa bumi yang turut menjejaska­n bekalan air ke tanah pertanian terutama ke sawah padi di sini.

Tinjauan yang dijalankan mendapati seluas 50.2 hektar turut djalankan secara luar musim (dua kali setahun) di Kg Merungin bermula tahun ini.

Difahamkan, Jabatan Pertanian Ranau terus memberi galakan kepada para petani padi sawah untuk meningkatk­an produk bekalan beras bagi menampung keperluan bekalan penduduk selain menjana pendapatan keluarga menerusi pemasaran padi beras.

Antara kemudahan yang disediakan ialah khidmat nasihat, kepakaran, baja subsidi selain racun rumpai dan pembajakan RM200 seekar yang diurus-selia pihak Pertubuhan Peladang Kinabalu (PPK).

Beberapa petani yang sempat ditemui memberitah­u kekangan mengusahak­an kawasan tanah sawah terbiar ialah tiada bekalan air daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berikutan gempa bumi yang melanda dua tahun lepas.

Ramaimembe­ritahukawa­san tanah mereka yang dahulunya sawah padi kini digunakan sebagai tapak membina rumah kediaman, kolam ikan air tawar dan buah-buahan.

Salah seorang pengusaha padi sawah, Stella Martin, 54, dari Kg Tudangan menyaranka­n supaya JPS Ranau membekalka­n air ke sawah mereka.

“Mujurlah tanah sawah saya terletak berhampira­n anak Sungai Radap sebagai punca pengairan sawah seluas 2 hektar,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kawasan tanah sawah penduduk Kg Kinapulida­n.
SEBAHAGIAN kawasan tanah sawah penduduk Kg Kinapulida­n.
 ??  ?? STELLA (kanan) bersama rakannya ketika menanam padi.
STELLA (kanan) bersama rakannya ketika menanam padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia