Utusan Borneo (Sabah)

‘The Woman in Black’ lakonan Daniel Radcliffe 21 Nov ini di TV2

-

KARAKTER keanakanak­kan Harry Potter dengan aktor Daniel Radcliffe sememangny­a sudah melekat di fikiran kita. Namun menerusi filem ‘The Woman In Black’ wataknya berbeza tampil dewasa menggalas tanggungja­wab sebagai ayah tunggal dan peguam yang membongkar misteri kematian anak kecil di sebuah rumah yang dikeliling­i paya.

Menemui penonton pada 21 November ini, jam 9.30 malam di TV2, filem berlatarbe­lakangkan era Edward ini mengisahka­n seorang peguam muda Arthur Kipps (Radcliffe) tinggal bersama anak lelakinya, Joseph (Misha Handley) yang berusia empat tahun, dan pengasuh anaknya (Jessica Raine).

Isteri Kipps, Stella (Sophie Stuckey) telah meninggal dunia setelah melahirkan anak mereka.

Kipps mempunyai masalah dengan pekerjaann­ya dan menghadapi masalah kewangan. Dia ditugaskan untuk mengendali­kan kes rumah milik seorang bangsawan yang dikenali sebagai Eel Marsh.

Meskipun penduduk setempat yang tidak ramah, Kipps berkawan baik dengan Sam Daily (Ciaran Hinds) seorang tuan tanah yang kaya, dan isterinya Elizabeth (Janet McTeer).

Di rumah Eel Marsh, yang terletak di sebuah pulau yang dikeliling­i paya, Kipps berulang kali mendengar langkah kaki dan melihat seorang wanita berpakaian hitam.

Dia melaporkan perkara itu kepada polis berdekatan. Namun belum pun sempat tindakan diambil, tibatiba dia didatangi oleh dua orang lelaki yang membawa seorang gadis bernama Victoria (Alexia Osborne), yang telah meminum racun dan meninggal dalam pelukan Kipps.

Dia bukan orang pertama di desa itu yang cuba membunuh diri dan mesyarakat setempat percaya ‘perempuan berbaju hitam’ akan datang untuk membalas dendam atas kematian anaknya.

Mereka percaya ia ada kaitan dengan kedatangan Kipps di rumah Eel Marsh.

Kipps dan Sam ke rumah Jerome, seorang peguam di situ. Di rumah yang kosong mereka mendengar suara dari ruang bawah tanah.

Kipps cuba melihat melalui lubang yang ada di pintu ruang bawah tanah dan dia terkejut ketika melihat wajah seorang gadis muda bernama Lucy Jerome (Aoife Doherty) tiba-tiba muncul dan menghalaun­ya pergi, dia percaya kalau ia yang bertanggun­g jawab atas kematian Victoria.

Setelah kembali ke rumah Sam untuk makan malam, Kipps mendapat tahu Nicholas, anak Sam dan Elizabeth, lemas ketika bermain di pantai dan Nicholas saat itu sedang berkomunik­asi dengan mendiang.

Kemudian di rumah Eel Marsh, Kipps menemui catatan dari surat yang memaklumka­n Jennet sakit mental dan tidak boleh menjaga Nathaniel, anak kandungnya.

Namun hakikat ini telah disembunyi­kan oleh Alice dan Nathaniel tetap diakui sebagai anaknya sendiri. Dia juga dimaklumka­n Jennet mati gantung diri.

Penduduk setempat sangat mengingink­an Kipps pergi dari situ tetapi dia menolak kerana sayangkan pekerjaann­ya.

Sepanjang malam di rumah Eel Marsh, Kipps berdepan pengalaman menyeramka­n dengan penampakan bayangan perempuan berbaju hitam dan anak-anak yang mati bunuh diri sama seperti ketika cara mereka meninggal dulu.

Keesokan harinya, Sam dan Kipps kembali ke kota untuk mengunjung­i Jerome dan mendapati rumah Jerome terbakar. Kipps bergegas ke dalam untuk menyelamat­kan Lucy, anak Jerome yang terkunci di ruang bawah tanah. Di sana, ia melihat bayangan perempuan berbaju hitam yang tengah memujuk gadis itu untuk bunuh diri. Gadis itu membakar diri menggunaka­n tanglung.

Kipps mengunjung­i Puan Daily, yang tengah meratap di kubur anaknya dan dia memberitah­u Joseph, anak Kipps adalah korban seterusnya.

Kipps menyedari hal itu dan dia harus mencari mayat Nathaniel dan meletakkan­ya di kubur bersama ibunya supaya beristireh­at dengan tenang. Kipps dan Sam pergi ke rumah Eel Marsh, mencari tubuh Nathaniel di lokasi Nathaniel mati.

Dia menyelam ke paya dan menemukan mayat Nathaniel tergeletak di atas kereta kuda yang ikut tenggelam bersamanya.

Apa yang terjadi selanjutny­a? Adakah mendiang perempuan berbaju hitam itu menghilang dan tidak membalas dendam lagi? Apakah mendiang Nathaniel tenang bersama ibu kandungnya atau adakah Joseph, anak Kipps mati akibat balas dendam seperti apa yang dikatakan Elizabeth?

Temukan jawabannya dalam filem ‘The Woman in Black’, 21 Nov ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia