Utusan Borneo (Sabah)

RWMF dipromosi dengan jayanya semasa WOMEX di Poland

-

LEMBAGA Pelanconga­n Sarawak (STB) mempromosi­kan acara Festival Muzik Hutan Hujan Antarabang­sa (RWMF) dengan jayanya pada Ekspo Muzik Dunia (WOMEX) di Pland dari 25 hingga 29 Oktober lalu.

Menghadiri edisi ke-23 WOMEX bagi mempromosi­kan RWMF ke peringkat antarabang­sa ialah Pengarah Acara STB Angelina Bateman, Pengurus Acara Sarren Michael dan Pengarah Artistik RWMF Jun Lin Yeoh.

“Budaya dan muzik unik Sarawak menyerlah pada WOMEX, menyokong fakta tidak ada destinasi lebih baik untuk acara meraikan keunikan muzik dunia dari pelbagai tempat melainkan Sarawak dan RWMF,” kata Angelina dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Turut menghadiri ekspo itu ialah pemuzik dan artis tempatan Alena Murang dan pemuzik Eldrick Udos atau Bob dari kumpulan At Adau, masing-masing membuat persembaha­n pada RWMF dan penyokong dalam menurunkan budaya dan warisan Borneo.

Mereka menyertai WOMEX dengan objektif mempromosi­kan muzik budaya Sarawak serta jenama sendiri, sementara menambah kenalan dngan pemain utama di industri Muzik Dunia.

“Ini merupakan langkah besar diberikan kepada kita dari At Adau dan Sarawak untuk membina jambatan merentasi dunia bagi mencapai objektif mempromosi­kan keindahan dan keunikan muzik, seni dan budaya Sarawak kepada dunia,” kata Bob.

Bob berkata, beliau turut berpeluang untuk membincang­kan strategi dan prospek masa depan dengan beberapa nama besar seperti Pengarah Artistik Mundial Montreal dan Muzik Asli, Kanada, Derek Andrews; Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Artistik Festival Song of Soul di Kolkata India, Kaushik Dutta; dan Juruaturca­ra dan Kordinator WOMAD The World’s Festival Chile, Alejandro Orellana.

Pada eskpo itu, Angelina bersama Alena dan Bob ditemu ramah oleh Drago Vovk dari Radio Sraka, salah satu stesen radio popular di Novo Mesto, Slovenia.

Edisi ke-21 RWMF akan diadakan dari 13 hingga 15 Julai tahun depan di Kampung Budaya Sarawak.

 ??  ?? PROMOSI: (Dari kanan) Angelina, Bob dan Alena Murang ditemu bual di ruang pameran
PROMOSI: (Dari kanan) Angelina, Bob dan Alena Murang ditemu bual di ruang pameran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia