Utusan Borneo (Sabah)

Paskal 2 dan Green Beret selesai berlatih ketenteraa­n bersama

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Pasukan Khas Laut (Paskal) 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selesai menjalanka­n latihan ketenteraa­n bersama United States Special Operations Forces (USSOF) Green Beret dari 6 sehingga 16 November, di sini.

Pegawai Memerintah KD Sri Semporna - Unit 2 Paskal, Kept Muhammad Rodhi Ariffin berkata eksesais bersama Green Beret itu pertama kali diadakan di Sabah yang bertujuan mengeratka­n hubungan dan meningkatk­an persefaham­an kedua-dua negara.

“Latihan ini disertai 20 anggota Paskal dan 12 anggota Green Beret (dari Okinawa) melibatkan pelbagai aktiviti seperti latihan Tempur Jarak Dekat, pengendali­an bot tempur, sukan berkayak, latihan demoisi dan praktikal penembakan,” katanya.

Beliau berkata latihan keduadua pasukan itu diadakan menerusi dua fasa iaitu Latihan Silang dan Latihan Medan serta disifatkan berjaya mencapai objektif pelaksanaa­nnya.

Khususnya, dari segi pertukaran kemahiran teknik dan taktik, malah membuktika­n kemampuan anggota dan aset TLDM menjalanka­n operasi ketenteraa­n bersama negara maju.

“Kejayaan eksesais ini juga membuktika­n visi TLDM menjadi tentera laut bertaraf dunia tidak mustahil dikecapi berdasarka­n kemampuan dan kebolehan sedia ada,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, Rodhi berkata latihan itu diadakan dua kali setahun di antara kedua-dua pasukan tentera untuk agenda mempertaha­nkan negara dan saling membantu.

Menurutnya, pelaksanaa­n latihan pada kali ini juga akan dikaji semula untuk diperbaiki lagi pada masa akan datang sekiranya terdapat ruang yang perlu diperkemas­kan.

“Selain Amerika Syarikat, kita juga ada mengadakan latihan bersama dengan pasukan khas tentera dari negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Kita akan melaksanak­an lagi latihan bersama Filipina dan Amerika Syarikat, selain turut serta dalam latihan Tiger Strike di Pantai Tanduo pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata sempena eksesais itu juga, turut diadakan Program Koordinasi Awam dan Tentera melibatkan kerjasama kedua-dua pasukan membangunk­an sebuah pondok bas untuk SK Bubul 2 dan diserahkan kepada sekolah pada 15 November.

 ??  ??
 ??  ?? RODHI
RODHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia