Utusan Borneo (Sabah)

178 pelajar B40 UMS terima bantuan kebajikan

-

KOTA KINABALU: Seramai 178 pelajar baharu B40 Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima bantuan kebajikan.

Naib Cancelor UMS Prof. Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, bantuan berjumlah RM99,000 itu diagih-agihkan kepada pelajar berkenaan yang masing-masing menerima RM556.18.

“Bantuan ini sebagai dorongan dan suntikan semangat kepada para pelajar supaya mereka berusaha lebih gigih dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik serta pembanguna­n sahsiah diri.

“Kitajugabe­rharapbant­uan itusekuran­g-kurangnyad­apat membantu pelajar baharu B40 untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar tahun pertama di UMS,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Kebajikan dan Ramah Mesra Pelajar B40 bagi Sesi 2017/2018.

Majlis penyampaia­n bantuan itu disempurna­kan Penasihat Yayasan Nur Jauhar Toh Puan Norlidah RM Jasni di Bangunan Cancelor UMS, pada Khamis.

Turut menerima bantuan, sembilan pelajar yang dilanda musibah terdiri daripada enam pelajar dari Kota Belud manakala tiga lagi dari Pulau Pinang.

Menurut Kamarudin, keberkesan­an kaedah digunakan oleh UMS mengenal pasti calon pelajar dan seterusnya menyampaik­an surat tawaran kemasukan kepada pelajar dari rumah ke rumah, telah berjaya menawarkan 100 tempat bagi setiap sesi akademik bermula 2013.

“Pada tahun ini, iaitu bagi sesi 2017/2018, sebanyak 200 tempat telah ditawarkan dan seramai 178 pelajar telah mendaftar pada bulan September lalu.

“Sehingga kini, jumlah pelajar B40 yang berdaftar di UMS adalah seramai 359 pelajar.

“Sehubungan itu, 84 pelajar B40 bagi sesi 2014/2015 akan bergraduat pada Konvokesye­n UMS ke-19 pada 18 hingga 20 November ini,” katanya.

 ??  ?? NORLIDAH (empat dari kiri) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Kamarudin (tiga kiri).
NORLIDAH (empat dari kiri) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an Kamarudin (tiga kiri).
 ??  ?? NORLIDAH (depan, tengah) bergambar kenangan bersama pelajar yang akan menerima bantuan.
NORLIDAH (depan, tengah) bergambar kenangan bersama pelajar yang akan menerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia