Utusan Borneo (Sabah)

STI sumbang tingkatkan prestasi atlet

Untuk tingkatkan prestasi atlet

- Oleh JOHN TAMBANAN

RANAU: Sains, teknologi dan inovasi (STI) boleh membantu, malah sudah menjadi antara penyumbang utama dalam meningkatk­an mutu prestasi seseorang atlet.

Buktinya, jurusan seperti Sains Sukan banyak ditawarkan di institusi-instituti pengajian tinggi, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Sekali imbas, kepakaran seperti dalam bidang perubatan sukan,urutansuka­n,fisioterap­i, penyelidik­an dan pendidikan, biomekanik, fisiologi, psikologi, pemakanan prestasi, analisis prestasi, dan suaian fizikal, semuanya berlandask­an ilmu dalam sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Zon Nabalu Kali Ke31, bertempat di Kompleks Sukan Ranau, pada Khamis.

Teks ucapan Tangau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Joisin Romut.

Tangau, yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, kemajuan dalam bidang teknologi, contohnya, membolehka­n kita mengetahui jumlah langkah yang telah kita buat dalam tempoh sehari, dengan hanya menggunaka­n aplikasi telefon pintar.

Katanya, data yang sedemikian akan dapat membantu para jurulatih membuat jadual latihan yang sewajarnya untuk anak didik mereka.

“Pengetahua­n kita mengenai pemakanan dan ubat-ubatan pula boleh menentukan sama ada seorang atlet akan cemerlang ataupun sekadar menjadi pelengkap kepada satu-satu pertanding­an.

Dalam sukan bina badan, contohnya, saya difahamkan diet menyumbang 80 peratus kejayaan dalam membentuk otot-otot tubuh atlet berbanding hanya menyumbang 20 peratus melalui latihan angkat berat,” katanya.

Tangau berkata, seorang ahli bina badan perlu makan sekurang-kurangnya enam kali sehari dengan memberi perhatian khusus kepada pemakanan karbohidra­t, protein, bijirin, sayuran dan lemak.

Jadual latihan pula katanya, mestilah diatur dengan rapi. Contohnya, setiap hari dikhususka­n untuk dada, kemudian belakang, lengan, kaki, bahu, kardio dan satu hari untuk rehat. Perincian ini hanya akan kita tahu seandainya kita ada ilmu dalam bidang sains sukan,” katanya.

Tangau berkata, negaranega­ra di rantau kita masih belum dapat menghasilk­an ramai juara dunia, bukan sahaja kerana latar belakang dan saiz fizikal, tetapi juga kerana tahap pemahaman dan yang lebih penting lagi penerapan sains sukan belum dapat kita hargai dan hidupi sepenuhnya.

“Dalam konteks ini, setiap kita perlu sedar betapa pentingnya STI dalam sukan,” katanya.

Katanya, penglibata­n dalam sukan sebenarnya tidak terbatas kepada kokurikulu­m di sekolah sahaja. Justeru beliaumeng­gesa agar para murid membuka minda dan cuba untuk menjadikan sukan sebagai karier dalam kehidupan.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutua­n telah melakukan pelbagai cara supaya atlet negara gemilang dalam sukan dan kemenangan mereka dalam Sukan SEA adalah contoh yang baik.

Katanya,selainmeny­ediakan latihan berpusat, dengan fasiliti bertaraf dunia dan bimbingan rapi melalui Majlis Sukan Negara (MSN), pihak-pihak yang berkenan telah membuat yang terbaik

JOISIN (dua kiri) menerima cenderahat­i daripada penganjur.

termasuk membentuk serta melatih para sukarelawa­n yang kesemuanya menjadikan Sukan SEA itu antara yang paling berjaya.

Katanya, kerajaan juga menawarkan insetif yang sangat lumayan. Pemenang pingat emas individu di temasya sukan Olimpik atau Paralimpik akan mendapat RM1 juta, pemenang Perak akan mendapat RM300 ribu dan Gangsa mendapat RM100 ribu.

Untuk Sukan SEA, hanya pemenang pingat emas yang diberikan ganjaran, yakni berjumlah RM20 ribu. Habuan itu adalah pelengkap kepada pencapaian seorang atlit yang akan juga dijulang kerana mengharumk­an nama negara.

Tangau berkata, dalam era digital kini, dalam kita menghidupi era Internet of Things (atau IOT) yakni “things talking to things through the internet”, saya mengesyork­an agar setiap kita memperleng­kapkan diri dengan ilmu dalam STI, termasukla­h dalam bidang sukan.

“Saya percaya STI akan menjadi tulang belakang kepada kesejahter­aan dan kegemilang­an negara kita di hari-hari mendatang,” katanya.

Sebanyak 10 buah sekolah rendah mengambil bahagian dalam kejohanan dua hari ini. SK Rugus Nahaba telah menjadi juara dengan mengumpul 8 pingat emas, perak (3) dan gangsa (1).

Diikuti SK Giok 4 pingat emas dan 2 perak. Manakala SK Tomis ditempat ketiga dengan mengumpul 2 pingat emas, perak (3) dan gangsa (1).

Menyentuh kejohanan itu, Tangau mahu usaha kecemerlan­gan sukan tidak berhenti setakat di peringkat zon sahaja malah perlulah diteruskan sedaya upaya agar peserta-peserta dapat menjadi atlet mewakili daerah, negeri, negara dan peringkat antarabang­sa.

Katanya, para pemenang pada kejohanan ini haruslah digilap bakat mereka supaya apabila besar kelak potensi akan kian terserlah.

Beliau menyeru kepada para atlet daripada zon Nabalu supaya mengambil ikhtibar ini untuk terus berlatih sekiranya merekaingi­nmengikutl­angkah jaguh-jaguh sukan negara.

 ??  ??
 ??  ?? JOISIN bersalaman dengan para kontijen yang mengambil bahagian.
JOISIN bersalaman dengan para kontijen yang mengambil bahagian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia