Utusan Borneo (Sabah)

Bakisa hantar 40 peserta ke Melaka

-

MENUMBOK: Penganjura­n sukan tahunan sekolah merupakan medium dalam melahirkan atlet sukan yang hebat dan berbakat untuk diketengah­kan ke peringkat seterusnya.

Guru Besar Cemerlang SK Pekan Menumbok Nordin Mohd Taib berkata, menerusi kejohanan ini secara tidak langsung mendorong pelajar sekolah untuk melibatkan diri dalam sukan yang mereka minat.

“Program berunsur kesukanan bukan sahaja dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar, malah dapat merapatkan hubungan antara pelajar selain bertukar pandangan.

“Kita berharap budaya sukan yang sihat ini bukan sahaja diterapkan di sekolah bahkan dalam kehidupan seharian mereka,” katanya ketika berucap di majlis penutupan Sukan Balapan SK Pekan Menumbok di padang pekan kelmarin.

Majlis penutupan kejohanan tersebut disempurna­kan oleh Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Haji Pg Jaafar Pg Osman.

Menurut Nordin yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) daerah Kuala Penyu, inisiatif sekolah tersebut dalam menganjurk­an program kesukanan perlu dipuji kerana ia sebenarnya melambangk­an kesatuan dalam kalangan guru pelajar dan ibu bapa.

Dalam pada itu, Nordin juga mengharapk­an agar ibu bapa khususnya di sekolah tersebut agar terus memberikan galakan kepada anak anak mereka untuk menyertai sebarang kegiatan kokurikulu­m yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Tidak perlu bimbang sebarang kegiatan kokurikulu­m yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan sebahagian daripada dasar pendidikan yang tidak akan menjejaska­n tumpuan pelajar kepada kurikulum yang diajardise­kolah” katanya.

Terdahulu berucap merasmikan penutupan majlis tersebut Hj Pg Jaafar berkata, kegiatan kokurikulu­m termasuk kegiatan sukan yang dianjurkan oleh sekolah selain mampu melahirkan bakat sukan dalam kalangan pelajar ianya juga mendidik disiplin serta daya juang yang tinggi untuk pelajar mencapai cita cita.

“Sukan juga dapat membudayak­an hidup bersatu padu bukan sahaja dalam kalangan pelajar namun melibatkan ibu bapa pelajar bersama sekolah dan guru guru sesuai dengan Sarana Ibubapa yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan” jelas beliau.

 ??  ?? NORDIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Hj Pg Jaafar selepas merasmikan kejohanan tersebut.
NORDIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Hj Pg Jaafar selepas merasmikan kejohanan tersebut.
 ??  ?? HJ Pg. Jaafar dan Nordin bersama tetamu jemputan yang hadir ke majlis tersebut.
HJ Pg. Jaafar dan Nordin bersama tetamu jemputan yang hadir ke majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia