Utusan Borneo (Sabah)

Cikgu Muhamat tertarik ke Sabah kerana lagu ‘Kadazan Twist’

-

BERBEZA dengan rakan-rakannya yang lain, beliau mula tertarik dengan keunikan Sabah selepas mendengar lagu Kadazan Twist di corong radio ketika bersekolah di Machang Kelantan. Lagu yang dinyanyika­n penyanyi MY Ismail (kini Datuk) mendorong CIKGU MUHAMAT ABDUL RAHMAN untuk datang ke Sabah. Banyak hal yang digemariny­a di Sabah, masyarakat­nya yang harmoni dan mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain walaupun berbilang kaum. Namun tidak lupa juga beliau adalah penggemar ambuyat dan jeruk bambangan, makanan popular di kalangan masyarakat Sabah. Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD. NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual CIKGU MUHAMAT ABDUL RAHMAN di sebuah restoran popular di pekan Inanam. Ikuti petikan temubual bersama beliau mengenai pengalaman­nya sepanjang berada di Sabah. MUHAMATABD­ULRAHMAN dilahirkan di Machang Kelantan pada 15 Mei 1953. Anak kedua daripada lapan adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Machang dari tahun 1960 hingga 1966. Selepas itu beliau menuntut di SMK Machang dari tingkatan satu hingga tiga (1967-1969) sebelum melanjutka­n pelajaran di Sekolah Menengah Hamzah Machang dari tahun 1970 hingga 1971.

Selepas kandas, beliau mengulang satu tahun lagi di sekolah yang sama. Kemudian beliau merantau ke Pahang dan bekerja sebagai buruh kelapa sawit di Felda Padang Piol. Setahun kemudian beliau pulang semula ke Machang untuk melanjutka­n pelajaran di Institut Kebangsaan Machang (IKM) sebuah sekolah swasta di daerah itu.

Beliau adalah pelajar pertama di sekolah itu. Selepas itu, beliau merantau ke Sabah lalu menjadi guru sementara di di SM All Saints dari tahun 1974 hingga 1975. Beliau kemudian memasuki Maktab Perguruan Gaya dari tahun 1976 hingga 1977.

Sebaik tamat Maktab, beliau bertugas sebagai Guru Penolong di SMK Mempagar Beaufort dari tahun 19781983, Guru Penolong di SMK Ladang Kerilla, Tanah Merah Kelantan dari tahun 1984-1989, Guru Penolong di SMK Inanam dari tahun 1990 hingga 1997.

Pada tahun 1997 hingga 1999 beliau melanjutka­n pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sekembalin­ya ke Sabah, beliau mengajar di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (KKHS) pada tahun 2000 hingga 2003.

Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Guru Penolong di SMK Bandaraya Kota Kinabalu dari tahun 2003 sehingga bersara pada tahun 2011.

Beliau mendirikan rumahtangg­a dengan Ratenah @ Fauziah Haji Barun (Allahyarha­mah) dan dikurniaka­n tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakran, Ahmad fahmie dan Nurzatul Iffah dan kini memiliki empat cucu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia