Utusan Borneo (Sabah)

Murid SK Pekan Satu sertai lawatan ke Semenanjun­g

-

SERAMAI 15 murid serta lima guru dan dua pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Labuan telah mengadakan lawatan Hijrah Ilmu ke Kuala Lumpur dan Melaka selama lima hari.

Penyelaras program Amshari Muhaili berkata, pihaknya turut berkolabor­asi dengan Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha dengan penyertaan seorang murid, seorang guru serta enam ibu bapa.

“Kali ini, kami memilih Kuala Lumpur dan Melaka sebagai lokasi lawatan sambil belajar. Banyak pengetahua­n dan pengalaman telah diperolehi murid PPKI SK Pekan Satu,” katanya.

Antara lokasi menarik yang dilawati ialah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Petrosains, Aquaria, Farm In The City, kilang biskut Beryl’s, Kota A’ Famosa, Menara Taming Sari dan Maritime Muzium.

Lawatan itu diketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Satu Basneh Jamilide.

Beliau berkata objektif utama program adalah memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid istimewa kepada dunia luar.

Di samping itu, pendedahan aktiviti luar itu juga dapat memberi pengetahua­n secukupnya kepada murid-murid pendidikan khas agar mengenali tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Bandaraya Bersejarah Melaka.

Menariknya, ketika melawat KLCC, murid dapat merasai sendiri pengalaman berada di tempat tinggi dan ia dapat membentuk keyakinan diri.

Selain itu, murid dapat mengenali sains dalam kehidupan hasil lawatan ke Petrosains.

“Murid juga dapat menyaksika­n sendiri hidupan laut dengan lebih dekat ketika berada di Aquaria. Begitu juga ketika melawat di kota A’Famosa murid memperoleh input berguna dengan mempelajar­i sejarah kota itu,” katanya.

Basneh berkata, lawatan itu juga dapat dijadikan landasan kepada muridmurid pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang dijalankan.

Pada masa sama, ia dapat membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

Jelasnya, lawatan itu adalah salah satu program yang telah dirancang selaras dengan tuntutan Kementeria­n Pendidikan Malaysia mengenai Pembelajar­an Abad Ke-21.

“Menerusi lawatan itu juga dapat mengeratka­n hubungan baik antara murid, guru dan ibu bapa,” katanya.

Sebelum berangkat, Guru Besar SK Pekan Satu Anita Shyamini A/P S Azman Swaminatha­n dan Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abd Rahman mengucapka­n selamat jalan kepada murid dan guru PPKI di Lapangan Terbang Labuan.

 ??  ?? ANITA (enam kiri) bergambar bersama guru, murid dan ibu bapa di Lapangan Terbang Labuan.
ANITA (enam kiri) bergambar bersama guru, murid dan ibu bapa di Lapangan Terbang Labuan.
 ??  ?? GURU-guru dan murid PPKI bergambar di hadapan Kota A’ Famosa.
GURU-guru dan murid PPKI bergambar di hadapan Kota A’ Famosa.
 ??  ?? DI Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
DI Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia