Utusan Borneo (Sabah)

Tawan semula kerusi kalah dalam PRU-13 matlamat utama Wanita PBS

-

PENAMPANG: Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan sasaran untuk menawan semula semua kerusi yang tewas semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Wanita PBS Datuk Anita Baranting (gambar) berkata, ia adalah matlamat utama pergerakan itu bagi memastikan PBS dapat memenangi kesemua kerusi yang dipertandi­ngkan dalam PRU akan datang.

Beliau berkata, pemimpin parti serta ahli harus belajar berkorban bagi memastikan hanya calon yang mempunyai potensi kemenangan yang tinggi sahaja diberi laluan untuk bertanding.

“Jika dilihat detik sejarah hitam pada 1994 di mana PBS mengalami zaman keruntuhan. Ia disebabkan ketamakan kuasa dan sikap mementingk­an diri oleh sebahagian pemimpin tertinggi parti.

“Biarpun ketika itu PBS sebagai rumah besar yang melindungi hak rakyat berbilang kaum di Sabah namun disebabkan penghuniny­a sendiri yang mencemarka­n rumah itu maka, reputasi PBS terjejas.

“Perkara yang sama berlaku semasa PRU-13 hingga menyebabka­n kita kehilangan enam kerusi daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi,” katanya semasa menyampaik­an ucapan dasar sempena Persidanga­n Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS, di sini pada Jumaat.

Anita berkata cabaran lain yang berlaku ketika itu adalah wujud ketidaksef­ahaman dalam parti komponen Barisan Nasional (BN).

Oleh itu, dengan langkah memperkena­lkan sistem pendekatan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), semua Pemuda dan Wanita dalam parti komponen BN akan bersatu dan bekerjasam­a dalam menghadapi PRU-14.

“Saya yakin dengan adanya JR Plus ini, semua parti komponen BN mampu menuai hasil yang cemerlang,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an pemimpin dan ahli pergerakan Wanita supaya sentiasa bekerja keras dan mengenepik­an kepentinga­n peribadi demi menjaga hubungan baik dengan parti komponen BN yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia