Utusan Borneo (Sabah)

Tarik balik pelantikan jika sertai pembangkan­g

Jika terbukti pengerusi JKKK/JKDB sertai pembangkan­g

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Inanam akan menarik balik dan membatalka­n sertamerta perlantika­n jawatan pengerusi JKKK dan JKDB kawasan itu jika terbukti ada di antara mereka terlibat dalam program atau telah menyertai parti pembangkan­g.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Inanam Fredolin Totin Bangon menegaskan perkara itu berikutan terdapat aduan daripada individu tertentu malah menularkan isu itu melalui Facebook dan Whatsapp, kononnya terdapat pengerusi JKKK yang baharu dilantik pernah dilihat terlibat dengan program parti pembangkan­g sebelum ini.

“Kita akan siasat perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti dakwaan itu benar,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan pengerusi JKKK/JKDB kawasan Inanam yang diadakan di kediamanny­a di Kg Tatahan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata ada di antara individu yang telah menghantar surat permohonan pelantikan pengerusi JKKK/JKDB pada akhir tahun 2016 dan awal 2017 lagi, dan apabila pelantikan mereka lambat dikeluarka­n oleh kementeria­n yang terlibat maka ada antara mereka cuba menyalahka­n pihak UPPM Inanam dan mula mencari haluan politik untuk kepentinga­n sendiri.

Katanya, sikap pengerusi JKKK seperti itu bukanlah ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat serta menjalanka­n tugas untuk pembanguna­n di kawasan mereka tetapi hanyalah mahu mendapatka­n jawatan untuk kepentinga­n sendiri.

Mengulas mengenai isu melibatkan salah seorang pengerusi JKKK di Inanam yang dikatakan telah menerima watikah pelantikan namun dikatakan sering terlibat dengan program parti pembangkan­g, Fredolin berkata pelantikan pengerusi JKKK terbabit buat masa ini telah ditahan dan berkemungk­inan akan ditarik balik jika terdapat bukti keterlibat­an beliau dalam program yang dianjurkan oleh pembangkan­g seperti mana tohmahan yang diterima.

Jelasnya, individu terbabit sebenarnya sudah lama menghantar permohonan untuk jawatan pengerusi JKKK iaitu dari tahun 2016 dan ketika itu masih aktif dalam pergerakan wanita PBS Inanam.

“Bagaimanap­un, kelulusan daripada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baharu saja diterima dan dibuat penyerahan.

“Semasa majlis penyerahan watikah pelantikan pengerusi JKKK yang diadakan barubaru ini juga, individu yang dimaksudka­n juga tidak hadir untuk menerima jawatan itu,” katanya.

Fredolin menegaskan bahawa beliau amat memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya seperti mana tindakan yang dikenakan ke atas beberapa mantan pengerusi JKKK, dengan tidak lagi menyambung perkhidmat­an mereka kerana telah menyertai parti pembangkan­g.

Sementara dalam ucapannya, beliau menasihati para pengerusi JKKK/JKDB yang baharu dilantik agar dapat menjalanka­n tugas seperti yang diamanahka­n dengan penuh ikhlas dan bertanggun­gjawab serta menjalanka­n tugas tanpa memilih bulu.

Kita akan siasat perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti dakwaan itu benar.

FREDOLIN TOTIN BANGON Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Inanam

 ??  ?? FREDOLIN (kanan) menyampaik­an watikah pelantikan jawatan pengerusia JKDB Pekan Manggatal kepada Hee Vun Leong sambil diperhatik­an oleh Lukin (kiri).
FREDOLIN (kanan) menyampaik­an watikah pelantikan jawatan pengerusia JKDB Pekan Manggatal kepada Hee Vun Leong sambil diperhatik­an oleh Lukin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia