Ganti sistem perpaipan usang
Tidak pernah diganti sejak mula dipasang
BELURAN: Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menggesa Jabatan Air menggantikan sistem perpaipan yang usang dan uzur di Pekan Beluran.
Beliau difahamkan sistem perpaipan di sekitar pekan itu merupakan generasi pertama dan tidak pernah diganti sejak ia mulai dipasang.
Bersesuaian dengan pembinaan loji kedua di Beluran, beliau berharap sistem perpaipan dapat diganti dalam tempoh terdekat bagi membolehkan penyaluran bekalan air dilaksanakan dengan lebih baik.
“Menerusi pembentangan BajetSabah2018yangberjumlah RM4.1 bilion itu, kita mendesak agar sistem perpaipan di daerah ini diberi keutamaan. Apatah lagi kita akan mempunyai loji kedua yang boleh menampung lapan juta liter air sehari.
“Tanpa adanya sistem perpaipanyangsempurna,sudah tentu air tidak dapat dibekalkan ke rumah-rumah penduduk dengan lebih berkesan dan teratur,” katanya.
Terdahulu, beliau telah melakukan tinjauan kerja pembaikan paip pecah di Kampung Muanad 1 yang telah menjejaskan lebih 270 pengguna berdaftar.
Ronald menghargai tindakan pantas yang dilakukan oleh JabatanAirdalammembaikipaip pecah yang telah menyebabkan bekalan air terputus selama 10 hari.
“Kita memahami keresahan dan kemarahan penduduk kerana bagi mereka masalah ini lewat diatasi. Bagaimanapun, paip yang rosak tidak boleh dibaiki secara biasa sebaliknya pihak Jabatan Air terpaksa membuat lencongan paip.
“Ekoran itu, Jabatan Air juga terpaksa menanggung tambahan kos yang memerlukan mereka melaporkan masalah ini ke ibu pejabat terlebih dahulu. Bagaimanapun, paip pecah telah dibaiki pada Jumaat dan bekalan air juga sudah disambung semula.
“Dalam masa yang sama, kita meminta penduduk bersabar kerana tekanan air di paip baharu ini hanya akan stabil dalam tempoh sehari dua. Buat masa ini, jika masih ada penduduk yang masih belum menerima bekalan air, kita minta mereka bersabar,” jelasnya.
Beliau memberitahu, Majlis Daerah Beluran juga telah menghantar bekalan air bersih melalui lori tangki ke kampung yang terjejas selama tiga hari berturut-turut.
“Menerusi pembentangan Bajet Sabah 2018 yang berjumlah RM4.1 bilion itu, kita mendesak agar sistem perpaipan di daerah ini diberi keutamaan. Apatah lagi kita akan mempunyai loji kedua yang boleh menampung lapan juta ” liter air sehari DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE Timbalan Speaker Dewan Rakyat