K’jaan masih guna Skim
Untuk tingkat nilai saham dalam SAS
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri masih mengekalkan pelaksanaan Skim Penambahbaikan Nilai Aset Bersih (Skim) bagi meningkatkan nilai saham dalam Saham Amanah Sabah (S A S ), kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban (gambar).
Pendekatan itu terbukti membantu meningkatkan nilai saham pada 2008 dimana SAS berjaya mengagihkan dividen kepada pemegang saham. Ketika itu, Tabung SAS hanya bernilai RM 71.85 namun, selepas pelaksanaan Skim itu, tabung SAS berjaya ditingkatkan kepada RM 271.85 juta.
“Malah dana SAS ketika itu juga berjaya ditingkatkan kepada RM1.5 bilion. Ia antara jumlah terbesar yang diperoleh hasil daripada pelaksanaan Skim itu,” katanya.
Berkenaan cadangan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing (PCS-Tamparuli) untuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri untuk melabur dalam SAS, beliau melihat ia adalah cadangan yang baik. Langkah itu pasti akan membantu melonjakkan nilai saham.
Ramlee berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Bumbu ring mengenai langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan nilai aset SAS meningkat.
Mengenai langkah kerajaan pastikan nilai saham SAS meningkat daripada 0.38 kepada RM1 pada masa akan datang, beliau berkata Skim itu akan terus dilaksana kerana ternyata ia memang membuahkan hasil.
Kerajaan Negeri juga akan sentiasa melihat langkah yang lebih baik untuk memperbaiki SAS dari masa ke semasa. Ia bagi memastikan setiap pemegang saham terus memperoleh agihan dividen.
Menjawab pertanyaan Bumburing tentang nilai terkini aset SAS, Ramlee berkata setakat 6 November, jumlah aset terkumpul adalah RM465.90 juta dengan nilai pasaran RM0.38.
Beliau berkata kerugian terkumpul RM350.99 juta yang dibangkitkan itu adalah jumlah kerugian terkumpul yang direkodkan setakat 30 Jun.
“Malah dana SAS ketika itu juga berjaya ditingkatkan kepada RM1.5 bilion. Ia antara jumlah terbesar yang diperoleh hasil daripada ” pelaksanaan Skim itu DATUK RAMLEE MARAHABAN Pembantu Menteri Kewangan