Sukan bentuk insan berkualiti
Bantu lahirkan masyarakat Malaysia yang cergas
TAWAU: Aktiviti sukan dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti.
Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, melalui aktiviti sukan juga akan mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik.
“Ini sekaligus dapat membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan”, katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan Sukan Tahunan Benta Wawasan Sdn Bhd baru baru ini di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Benta Wawasan Sdn Bhd berkata, bersukan juga dapat mengeratkan silaturahim
DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri
antarasemuaparapemainyang menyertai acara kejohanan sukan berkenaan.
“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya. Penganjuran kejohanan ini memang tepat pada masanya dalam usaha kita untuk memacu kemajuan dan memperkasakan lagi syarikat ini.
“Saya yakin usaha ini juga berupaya untuk meningkatkan pencapaian syarikat dengan adanya semangat kerjasama sepasukan yang dilahirkan melalui kejohanan ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada warga syarikat itu untuk menerapkan nilai nilai positif semasa kejohanan untuk dipraktikkan dalam usaha kita untuk membangun dan memajukan lagi pencapaian syarikat.
“Saya yakin usaha ini juga berupaya untuk meningkatkan pencapaian syarikat dengan adanya semangat kerjasama sepasukan yang ini.” dilahirkan melalui kejohanan